Kepada : Kerajaan Malaysia
Menegakkan Semula/Mengesahkan Keagungan Perlembagaan Persekutuan
Kami, yang menurunkan tandatangan dibawah ini, rakyat Malaysia daripada pelbagai keturunan dan berpegangan ugama ingin melahirkan perasaan khuatir kami mengenai peristiwa-peristiwa dan pernyataan-pernyataan baru-baru ini yang membawa kesan menghakisi atau meruntuhkan keagungan Perlembagaan Persekutuan.
Kami ingin memperingatkan pemimpin-pemimpin nasional kami bahawa Fasal 4 (1) Perlembagaan Persekutuan itu adalah undang-udang utama Persekutuan dan bahawa ikrar perjawatan kesemua ahli parlimen, menteri-menteri dalam kabinet dan para hakim diantara lain adalah secara khusus untuk mempertahankan Perlembagaan.
Selanjutnya Fasal 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan, tetapi Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Malaya 1956 - 1957 telah menyatakan bahawa Fasal ini tidak boleh secara tersirat membawa maksud bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular.
Mahkamah Agung Malaysia dalam keputusan kes Che Omar Che Soh (1988) telah mengesahkan bahawa undang-undang negara ini masih adalah undang-undang sekular.
Namun demikian, secara lebih kerap kita kini mendengar dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Kebebasan dan keadilan untuk kesemua rakyat Malaysia hanya boleh tercapai secara berkesan melalui satu badan kehakiman yang bebas dengan kuasa-kuasa mengkaji semula yang sepenuhnya. Malangnya, rakyat Malaysia telah menyaksikan satu peninggalan kuasa tersebut oleh hakim-hakim kita yang secara substantial diakibatkan atau berpunca daripada satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 yang telah dibuat tanpa penelitian sepenuhnya akan kesan pindaan sedemikian.
Dalam kes-kes baru-baru ini di Mahkamah-Mahkamah Tinggi, hakim-hakim kita telah enggan untuk memutuskan isu-isu penting berlandaskan hanya atas alasan bahawa perkara-perkara yang dipanggil untuk keputusan itu melibatkan unsur-unsur undang-undang Islam. Oleh yang demikian ianya telah meninggalkan litigan tanpa apa jua remedi. Keadaan sedemikian merupakan sesuatu yang amat tidak memuaskan.
Kami mengakui bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan merangkumi nilai-nilai sejagat demokrasi, pemerintahan baik, kesaksamaan dan penghormatan kepada kesemua rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian kami :
· Menyeru Kerajaan dan badan kehakiman untuk mendukung keagungan Perlembagaan Persekutuan.
· Menyeru Kerajaan untuk memastikan pemerintahan sejajar dengan peruntukkan-peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan nilai-nilai sejagat kesemua rakyat Malaysia.
· Menyeru Kerajaan untuk mengesahkan bahawa Malaysia tidak akan menjadi satu negara teokratik.
· Menyeru Kerajaan supaya mengenali kedudukan sepatutnya badan kehekiman dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah anggota bebas dan setanding dengan Kerajaan.
Jika anda menghayati aspirasi-aspirasi yang terkandung di sini dan ingin menandatanganinya sebagai tanda sokongan, sila ke: salinan online