Kedustaan ACCIN

 

Bantahan oleh RICOI, UIA, ABIM dan ACCIN

 

Saya akan menumpukan keatas isu-isu yang dibangkitkan oleh RICOI dan UIA memandangkan ianya wakil-wakil mereka terutamanya, dan wakil-wakil ABIM yang kurang daripadanya, yang mengambil pendirian menarik diri dari daya usaha itu dan, saya percaya, mempengaruhi kebanyakan NGO Islam yang lain untuk berbuat begitu.

 

 

 

Di mesyuarat ketiga jawatankuasa pro-tem, Adam bin Mohd. Ibrahim, wakil bagi RICOI, menanya samada Majlis Antara-Agama yang dicadangkan itu akan juga melaksanakan suatu peranan penasihatan kepada pemerintah-pemerintah negeri berkenaan dengan isu keluar dari Islam, memandangkan bahawa ini adalah suatu perkara dalam lingkungan skop pemerintah-pemerintah. Kepada ini, saya membalas bahawa Majlis Antara-Agama yang dicadangkan itu boleh bekerja dengan pihak-pihak berkuasa negeri untuk merumuskan undang-undang seragam keatas isu ini.

 

 

 

Mesyuarat pro-tem keempat menyaksikan pemasangan pentas bagi penarikan kelak oleh NGO Islam itu yang memperlihatkan diri mereka sebagai mewakili majoriti orang-orang Islam di negara ini. Adam memberitahu jawatankuasa pro-tem bahawa beliau juga merupakan setiausaha ACCIN, bahawa ACCIN tidak memihak sebarang dialog mengenai intra-kepercayaan di bengkel yang dicadangkan itu, bahawa perbincangan-perbincangan patut dibataskan kepada aliran utama Islam, dan bahawa jawatankuasa kerja yang menyediakan draf program bagi bengkel itu tidak mempunyai apa-apa perwakilan mengenai aliran utama Islam. Beliau nyatakan bahawa dia tidak boleh bersetuju bahawa bengkel yang dicadangkan itu membuat peruntukan untuk seorang jurucakap daripada suatu kumpulan yang mengakui sendiri sesat daripada aliran utama Islam. Beliau juga menyatakan bahawa ACCIN ingin bahawa jawatankuasa pro-tem akan hanya menangani kumpulan-kumpulan Islam aliran utama dan bukan kumpulan-kumpulan Islam berajaran sesat dan bahawa dengan membenarkan kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini suatu kesumpatan untuk bercakap akan memusnahkan asas dialog-dialog antara-agama itu.

 

 

 

Adam secara khususnya mengasingkan SIS dan kumpulan yang terdiri dari 29 orang-orang Islam, dari yang mana saya adalah salah seorang, sebagai sesat. ‘Kumpulan 29’ ini telah, pada tahun lepas, membantah cadangan Rang Undang-undang Pemulihan Aqidah   yang dibentangkan di Parlimen. Padahal, Adam merujuk kepada kandungan Lapuran saya  untuk menyokong penegasannya bahawa semua kami dalam ‘kumpulan 29’ itu adalah sesat. Yang menarik hati, bahan rujukan Adam dalam mengutuk ‘kumpulan 29’ itu sebagai sesat adalah suatu tafsiran JAKIM 1996 mengenai orang-orang Islam dan bukannya Al-Qur’an!

 

 

 

 

Lapuran saya tidak pernah dirujuk lagi selepas itu, meskipun semasa mesyuarat-mesyuarat pro-tem yang berikutan ataupun dalam serangan-serangan keatas usaha IFC sebelum dan juga selepas Persidangan  Februari 2005.  Saya akan merujuk kepada keberkaitannya kelak.

 

 

 

 

Wakil ABIM menyokong pandangan Adam.  Ahli-ahli lain jawatankuasa pro-tem yang lain telah menyatakan pandangan bahawa mereka mengharapkan untuk suatu bengkel yang melibatkan semua.  Selepas itu, Adam menyatakan bahawa beliau perlu bermaklum balas dengan kepimpinan ACCIN dan akan memberitahu jawatankuasa pro-tem mengenai keputusan mereka berkenaan dengan penyertaan mereka.

 

 

 

 

Wakil UIA, Baharudeen Abu Bakar, memohon penjelasan samada pernyataan yang dibuat terlebih dahulu oleh pengerusi Cecil Rajendra, bahawa Majlis Antara-Agama akan mempunyai kuasa-kuasa untuk menguatkuasakan keputusan-keputusannya secara berkesan, bermaksud bahawa Majlis itu akan mempunyai kuasa-kuasa pengadilan. Pengerusi menerangkan bahawa maksud beliau adalah Majlis itu akan menjadi badan penasihat yang akan membuat pengesyoran-pengesyoran kepada kerajaan apabila perlu.  Sila ambil perhatian bahawa pengerusi itu secara khususnya mengesahkan bahawa badan yang dicadangkan itu akan bersifat penasihat sahaja, dengan otoriti untuk membuat pengesyoran, dan bukan satu-satunya yang mempunyai kuasa-kuasa pengadilan.  

 

 

 

 

Berikutan dari mesyuarat keempat jawatankuasa pro-tem itu, Jawatankuasa Kecil Undang-Undang Syariah Majlis Peguam dan wakil-wakil Majlis Peguam di jawatankuasa pro-tem itu, kesemuanya yang mana adalah dari HRC, tidak bersetuju keatas samada bengkel yang dicadangkan itu patut membenarkan perbincangan intra-kepercayaan.  Ianya akhirnya diputuskan bahawa bengkel itu akan diteruskan, tetapi akan dibataskan kepada isu-isu antara -kepercayaan.  Ianya harus diperhatikan bahawa ini adalah suatu persetujuan diantara dua jawatankuasa kecil Majlis Peguam dan adalah oleh itu tidak mengikat keatas jawatankuasa pro-tem.

 

 

 

Seorang wakil dari Kementerian Perpaduan Negara telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa pro-tem kelima, yang diadakan pada 12 Oktober 2002.  Baharudeen meminta samada Majlis Antara-Agama yang dicadangkan itu akan mempunyai kuasa-kuasa untuk memutuskan pertikaian-pertikaian dalam sesuatu agama dan juga diantara agama-agama, dan samada, dalam keadaan kedua, pengajaran sesuatu agama boleh diubahsuai supaya dapat menyesuaikan dengan agama yang lain.  Beliau juga membangkitkan kebimbangan bahawa jika Majlis yang dicadangkan telah ditubuhkan dengan kuasa-kuasa statutori, ia mungkin jatuh ke tangan ahli-ahli politik yang akan menggunakan kuasa-kuasa sesuka hati mereka.  Berdasarkan alasan-alasan itu, beliau kini membantah penubuhan suatu badan statutori atau pengadilan.  Beliau kata bahawa beliau tidak boleh menyokong suatu badan dihadapan yang mana keluhan terhadap Islam boleh dibawa, dan beliau mensyaki lapuran MCCBCHS yang mana beliau tuntut adalah disasarkan khususnya menentang Islam dan yang mana beliau menyatakan membekalkan dorongan bagi penubuhan jawatankuasa pro-tem itu.  Beliau meminta pengesahan bahawa bengkel yang dicadangkan itu akan dibataskan kepada perbincangan-perbincangan antara-kepercayaan, yang bertepatan dengan kedudukan Majlis Peguam. Perhatikan bagaimana bantahan-bantahan awal, yang dibangkitkan di mesyuarat jawatankuasa pro-tem  keempat, kepada isu-isu intra-kepercayaan dan penglibatan “pengajar-pengajar sesat Islam” telah, menjelang mesyuarat kelima, telah bertambah menjadi tuduhan-tuduhan yang lebih tidak menyenangkan dengan menuduh adanya serangan-serangan terhadap Islam yang dilancarkan melalui lapuran MCCBCHS .

 

 

 

Adam juga membangkitkan kebimbangan yang sama tentang perbincangan-perbincangan intra-kepercayaan, dengan mengambil pandangan bahawa telah pun wujud badan-badan yang telah dibentuk dengan sewajarnya untuk menangani perkara-perkara sedemikian.  Adam dan juga Baharudeen membuatkannya jelas bahawa pertubuhan mereka masing-masing tidak akan lagi menyertai usaha ini melainkan mereka memperolehi suatu perjanjian bahawa tidak akan terdapat sebarang perbincangan intra-kepercayaan di bengkel itu.

 

 

 

 

Wakil JUST memperjelaskan sekali lagi bahawa prinsip yang menjadi asas bagi bengkel itu adalah penglibatan dari semua pihak, dan bukan pengecualian, dalam perbincangan-perbincangannya.  Salah seorang dari wakil-wakil Majlis Peguam menerangkan bahawa keputusan Majlis Peguam untuk membataskan perbincangan-perbincangan itu kepada isu-isu antara-kepercayaan issues tidak sepatutnya memaksa proses membuat keputusan jawatankuasa pro-tem itu.  Pengerusi dan seorang lagi wakil Majlis Peguam membalas bahawa jawatankuasa itu boleh meminta jurucakap-jurucakap yang dijemput hadir untuk membataskan ucapan mereka kepada perkara-perkara antara-kepercayaan tetapi tidak boleh menjamin bahawa peserta-peserta dari tempat duduk persidangan tidak akan menimbulkan perkara-perkara intra-kepercayaan.  Wakil MCCBCHS menerangkan bahawa olehkerana lapurannya telah didrafkan selepas jawatankuasa pro-tem  telah didirikan, ianya tidak semungkinnya menjadi asas bagi penubuhan jawatankuasa pro-tem itu, seperti yang didakwa oleh Baharudeen.  Wakil itu juga menyatakan bahawa salinan-salinan lapurannya telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.  Sentimen am dari wakil-wakil pertubuhan yang lain adalah harapan bahawa RICOI, UIA, ABIM dan NGO Islam yang lain akan ikut serta dan berkongsi pandangan dan kebimbangan mereka di bengkel yang dicadangkan itu.

 

 

 

 

Selepas itu, Adam dan juga Baharudeen, wakil-wakil RICOI/ACCIN dan UIA, menarik diri daripada mesyuarat itu dan enggan menyertai selanjutnya dalam usaha itu.

 

 

 

Adalah berguna pada ketika ini untuk meringkaskan bantahan-bantahan dan kebimbangan raised by Adam and Baharudeen, dan balasan-balasan dari jawatankuasa pro-tem.

 

 

        Kebimbangan/Bantahan

              Yang Ditimbulkan

Balasan dari Jawatankuasa Pro-tem

 

 

  Samada Majlis Antara-Agama yang dicadangkan itu juga akan melaksanakan suatu peranan penasihat kepada pemerintah-pemerintah negeri berkenaan dengan pemelukan keluar dari agama Islam

 

 

  Majlis Antara-Agama yang dicadangkan boleh bekerja dengan pihak-pihak berkuasa negeri untuk merumuskan undang-undang seragam keatas isu ini

 

  Samada bengkel itu patut membenarkan perbincangan intra-kepercayaan

 

  Ianya merupakan harapan bahawa bengkel itu akan melibatkan sebanyak pertubuhan yang mungkin. Jawatankuasa itu boleh meminta jurucakap yang dijemput untuk membataskan ucapan mereka kepada perkara-perkara antara-kepercayaan tetapi tidak dapat menjamin bahawa peserta-peserta dari tempat duduk persidangan tidak akan membangkitkan perkara-perkara intra-kepercayaan

 

 

  Samada Majlis Antara-Agama yang dicadangkan itu akan mempunyai kuasa-kuasa pengadilan

 

  Pengerusi telah menerangkan bahawa badan yang dicadangkan itu adalah diniatkan sebagai suatu badan penasihat sahaja yang akan membuat pengesyoran kepada kerajaan apabila perlu

 

 

 

 

 

 

  Samada perbincangan-perbincangan di bengkel itu akan dibataskan hanya kepada aliran-aliran utama pelbagai agama

 

  Sekali lagi, ianya diharapkan bahawa perbincangan-perbincangan itu akan bersifat melibatkan semua pihak

 

 

  Samada Majlis yang dicadangkan itu akan mempunyai kuasa-kuasa untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian dalam sesuatu agama dan juga diantara agama-agama, dan samada, dalam keadaan kedua, pengajaran sesuatu agama boleh diubahsuai untuk menyesuaikan dengan agama lain

 

 

 Jawatankuasa pro-tem  tidak dapat membalas ini kerana Adam & Baharudeen telah menjelang masa ini menarik diri daripada mesyuarat itu tanpa menunggu suatu jawapan.

 

 

 

Yang menarik hati, walaupun RICOI kononnya telah menarik diri dari jawatankuasa pro-tem itu, namun seorang wakil RICOI sekali-sekala menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berikutan, pada peringhkat jawatankuasa pro-tem  sebelum bengkel itu dan juga pada peringkat jawatankuasa pengemudian semasa membuat penyediaan untuk persidangan negara.  Ini adalah suatu fakta penting yang perlu diingati olehkerana ini akan menunjukkan bahawa RICOI, dan melalui lanjutan, ACCIN, telah dimaklumkan mengenai haluan yang akan diambil dalam persidangan itu dan juga syarat-syarat draf rang IFC yang sedang dihaluskan oleh jawatankuasa pengemudian itu.  Ianya juga membuktikan kesediaan pihak-pihak yang terlibat dalam daya usaha ini untuk menyambut kembali pengkritik-pengkritik untuk menyertai usaha itu, walaupun minit-minit mesyuarat yang mana wakil RICOI itu hadir sekali-sekala akan menunjukkan bahawa beliau berada disitu lebih untuk memerhatikan dan bukan untuk menyumbang secara aktif.

 

 

 

Sesiapa yang ingin tahu boleh menentusahkan ini dengan minit-minit mesyuarat yang disimpan di sekretariat Majlis Peguam.

 

 

 

Pandangan Dr. Mazeni – bahawa kebanyakan orang-orang Islam telah dikecualikan, hanya satu tafsiran Islam telah diterima dan tiada sebarang perwakilan suara-suara yang adil – adalah dengan itu tidak berasas sama sekali.  Padahal, ianya adalah RICOI, UIA dan ABIM yang hendak mengecualikan orang-orang Islam yang tidak berkongsi pandangan mereka mengenai Islam.  Adalah RICOI, UIA dan ABIM yang membantah untuk membenarkan suatu perwakilan suara-suara yang adil.  Adalah RICOI, UIA dan ABIM yang berdegil bahawa hanya satu tafsiran Islam akan di dengar pada mana-mana dialog antara-kepercayaan: tafsiran mereka.

 

 

 

Dalam pernyataan sidang akhbarnya  yang dikeluarkan selepas Persidangan IFC pada bulan Februari 2005, ACCIN menentusahkan bahawa wakil-wakilnya telah menyuarakan bantahan-bantahan dan syarat-syarat mereka di mesyuarat-mesyuarat daya usaha IFC.  ACCIN mengesahkan bahawa, sebagai balasan kepada bantahan-bantahan itu, ianya telah digesa untuk menghadiri bengkel itu dan persidangan itu untuk menyatakan pandangannya.  ACCIN sendiri mengakui bahawa: “Memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pandangan kami, kami menjauhkan diri daripada bengkel dan persidangan itu”.  ( Diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris )

 

 

 

Pernyataan sidang akhbar itu telah dikeluarkan kerana ACCIN agak terjengkel bahawa bahkan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, yang membuat pengucapan utama di Persidangan itu bagi pihak kerajaan, telah menyatakan pandangan bahawa pihak-pihak yang membantah daya usaha itu sepatutnya menghadiri persidangan itu supaya bantahan-bantahan mereka diketahui. 

 

 

 

Dalam pernyataan sidang akhbar mereka, ACCIN mengesahkan bahawa mereka telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat daya usaha IFC dan telah menyuarakan bantahan-bantahan dan syarat-syarat mereka disitu. Mereka mengesahkan bahawa sebagai balasan kepada bantahan-bantahan itu, ACCIN telah digesa untuk menghadiri bengkel itu dan juga persidangan itu untuk meluahkan pandangan mereka. Mereka mengesahkan balasan mereka: “Memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pandangan kami, kami menjauhkan diri daripada bengkel dan persidangan itu”.  ( Diterjemahkan  )

 

 

Soalan yang seharusnya ditanya ialah: adakah ini sebab sebenar mengapa kumpulan-kumpulan Islam membuat suatu penarikan diri di peringkat ini? Jika mereka benar-benar merasakan bahawa isu-isu intra-kepercayaan tidak sepatutnya diperbincangkan di persidangan negara, atau tidak sepatutnya masuk dalam lingkungan skop badan yang dicadangkan itu, mengapa tidak ikut serta bengkel itu dan berkongsi perasaan ragu-ragu mereka dengan peserta-peserta yang lain? Mengapa desakan bahawa ‘sesat Islam’ yang kononnya itu dikecualikan daripada sebarang penyertaan di bengkel itu atau persidangan negara? Saya akan kembali ke soalan-soalan penting ini apabila saya menangani kedustaan oleh ACCIN.

 

 

 

Berkenaan dengan identiti mengenai ‘salah seorang yang menghadiri mesyuarat-mesyuarat permulaan itu’, barangkali Dr. Mazeni dapat menerangkan tentang ini.

 

 

 

 

 

Rujukan sebelum ini :  Kedustaan ACCIN: Mesyuarat-Mesyuarat Permulaan

 

Rujukan berikut:  Kedustaan ACCIN: Bengkel & Persidangan

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama