Kedustaan ACCIN

 

Bengkel & Persidangan itu

 

Pada 24 Mei 2003, kira-kira 100 peserta-peserta (lebih kurang 25% daripadanya adalah orang-orang Islam) suatu bengkel berjudul “Towards the Formation of An Inter-Religious Council” secara bulat suara mengiktirafkan keperluan untuk menubuhkan suatu badan statutori antara-agama yang mempunyai ciri penasihatan dan perundingan.

 

 

 

Dalam suatu perjanjian enam poin  peserta-peserta itu menyatakan fungsi-fungsi luas mengenai badan yang diniatkan.  Seperti yang dijangkakan, matlamat utamanya adalah “untuk mempertingkatkan, menggalakkan dan melindungi kebebasan berfikir, bersuara dan keagamaan bagi setiap individu dengan tujuan kewujudan bersama  yang aman-damai dalam masyarakat kita” yang adalah “amat penting kepada kebahagiaan, kebajikan dan kemakmuran rakyat Malaysia”.  Ianya mesti diperhatikan bahawa poin 3 dengan jelasnya menitikberatkan bahawa badan yang dicadangkan itu “akan menjadi suatu badan yang bebas yang bersifat memberi nasihat dan perundingan.  Bagi tujuan kejelasan, badan itu tidak akan mempunyai sebarang fungsi-fungsi pengadilan”.

 

 

 

Dalam poin-poin 5 dan 6, peserta-peserta telah memandatkan “bahawa suatu persidangan negara diadakan bagi tujuan mempertimbangkan selanjutnya cadangan-cadangan ini dengan tujuan untuk perlaksanaannya” dan “bahawa suatu jawatankuasa pengemudian didirikan bagi tujuan mengambil segala langkah yang perlu kearah memastikan kejayaan persidangan negara itu, dan selanjutnya untuk mengadakan persidangan tersebut.”

 

 

 

Persidangan itu, yang dihadiri oleh 175 peserta-peserta dari segala pelusuk Malaysia, telah diadakan pada 24 dan 25 Februari 2005 di Bangi, Selangor.  Dalam suatu ucapan yang menggalakkan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa adalah kewajiban kita semua untuk mendengar sesiapa yang memohon untuk menggalakkan harmoni antara-kepercayaan.  Ahli-ahli dari hampir semua kumpulan agama yang utama dari Malaysia Barat dan Timur telah menyertai Persidangan itu yang mana, selepas pertimbangan selama dua hari sepenuhnya, menerimapakai Kenyataan Pleno dan Rang Undang-Undang IFC 2005.  Dalam Kenyataan Pleno itu, peserta-peserta menyeru kepada Perdana Menteri dan kerajaan untuk membentangkan draf rang di Parlimen dan untuk menubuhkan IFC secepat mungkin.

 

 

 

Hari keesokannya, walaubagaimanapun, disebabkan oleh bantahan-bantahan oleh beberapa orang Islam berkenaan dengan daya usaha IFC, Perdana Menteri mengumumkan bahawa usaha ini patut ditunda buat sementara waktu.

 

 

 

Adakah bantahan oleh segelintir orang-orang Islam itu terhadap usaha IFC mewakili pandangan majoriti orang-orang Islam di Malaysia, atau hanya sebilangan kecil yang berusaha untuk memperlihatkan seolah-olah mereka bercakap bagi pihak majoriti orang-orang Islam yang senyap? Adakah bantahan itu didasarkan keatas andaian-andaian yang dibuat tentang daya usaha IFC yang berasaskan bukan keatas pengetahuan secara langsung tetapi, sekali lagi, keatas maklumat dari “salah seorang yang telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat permulaan itu”?

 

 

 

 

 

 

Rujukan sebelum ini :  Kedustaan ACCIN: Bantahan oleh ACCIN & Rakan2

 

Rujukan berikut:  Kedustaan ACCIN: Selepas Bengkel & Sebelum Persidangan

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama