Mengapa Berdusta?![]()
Anda akan mengingati bahawa saya telah merujuk pada awal tadi kesukaran yang dihadapi oleh MCCBCHS dalam percubaan untuk membangkitkan keluhan-keluhan yang bersifat keagamaan dengan pihak-pihak berkuasa Islam. Keluhan-keluhan ini secara biasanya melibatkan suatu aduan dari beberapa individu atau beberapa pertubuhan agama yang tertekan oleh proses ‘Pengislaman’ yang diteruskan secara tidak ketara itu. Pemelukan seorang bukan Islam yang masih muda ke agama Islam dan penahanan murtad oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam adalah beberapa dari masaIah-masalah yang biasa ditemui.
Saya telah diberitahu oleh pucuk pimpinan MCCBCHS bahawa pada kebiasaannya, ianya mustahil untuk mendapatkan suatu temujanji dengan pihak-pihak berkuasa yang tertinggi dalam lingkungan pihak-pihak berkuasa agama Islam untuk membincangkan keluhan itu.
Kadang-kadang, temujanji akan ditetapkan pada hari Jumaat pada pukul 11.45 pagi. Sebelum masalah-masalah boleh dibincangkan, pegawai-pegawai dari pihak pihak-pihak berkuasa agama Islam akan memberitahu bahawa telah tiba masanya untuk sembahyang Jumaat supaya tiada apa-apa yang sebenarnya dapat diperbincangkan.
Jika suatu mesyuarat yang sebenar telah diperolehi akhirnya, hujahan-hujahan tentang ‘isu sensitif, ‘melibatkan orang-orang Islam sahaja’ dan ‘anti-Islam’ akan secara biasanya dilemparkan pada MCCBCHS yang membuatkan prospek untuk menangani masalah-masalah agama tidak wujud. Jika isu itu adalah berkenaan murtad, MCCBCHS akan diberitahu bahawa ini adalah suatu jenayah yang serius dalam agama Islam dan akan ditangani oleh orang-orang Islam selaras dengan undang-undang Syariah. Papan tanda dilarang masuk akan diletakkan berkenaan dengan semua isu-isu sedemikian.
Selagi pihak-pihak berkuasa agama Islam hanya perlu berurusan dengan MCCBCHS atau mana-mana pertubuhan bukan Islam yang lain, mereka secara biasanya dapat melarikan diri dengan hujahan-hujahan ‘isu sensitif, ‘melibatkan orang-orang Islam sahaja’ dan ‘anti-Islam’. Pihak-pihak berkuasa agama Islam dan yang sama sepertinya iaitu ACCIN, BADAI, PAS dan Teras boleh harapkan ini berterusan selagi orang-orang bukan Islam pada amnya menganggap proses 'Pengislaman’ sebagai melibatkan orang-orang Islam sahaja, menjauhkan diri daripada sebarang perbincangan berkenaan dengannya kecuali dan melainkan apabila beberapa orang bukan Islam tertekan melalui proses itu, di mana usaha-usaha akan dibuat oleh pihak-pihak yang serupa dengan MCCBCHS melalui ‘saluran-saluran diplomatik’ untuk mendapatkan suatu jalan penyelesaian mengikut dasar kes demi kes.
Bagi orang-orang Islam pula, jarang terdapat sebarang percubaan untuk menyoal di manakah proses 'Pengislaman’ ini sedang menghala.
Seperti yang diperhatikan tadi, ini mula berubah. Orang-orang Islam mula menyoal dan mencabar proses 'Pengislaman’ ini.
Mungkin usaha-usaha yang paling awal telah dimulakan oleh Sisters in Islam. SIS telah memainkan suatu peranan yang besar dalam menidakkan pengertian bahawa tafsiran Islam adalah kepunyaan beberapa pihak yang diberikan hak istimewa. Adalah mustahil untuk melakukan keadilan kepada penyumbangan mereka dalam mendemokratikkan perbincangan berkenaan Islam di Malaysia dalam satu perenggan dalam satu persembahan sebegini. Untuk menghargai ini sepenuhnya, anda boleh melawat Laman Web SIS . Apa yang perlu diperhatikan adalah bahawa SIS, menurut pandangan saya, telah berkembang dari matlamat-matlamatnya yang awal dan pada hari ini telah mencapai suatu tahap yang baik untuk memainkan suatu peranan utama dalam pergerakan masyarakat sivil yang mula mencabar proses ‘Pengislaman’ yang sedang dikendalikan keatas negara ini.
Saya telah pun menyebut tentang cabaran oleh 29 orang Islam pada bulan September, 2000 mengenai Rang Undang-undang Pemulihan Aqidah. Apa yang amat ketara adalah bahawa manakala kerajaan persekutuan membalas kepada bantahan oleh 29 orang individu untuk menghentikan proses Rang itu melalui Parlimen, tiada sebarang tindakbalas daripada mana-mana ‘jaguh Islam’. Mereka tidak boleh mendiamkan bantahan ini dengan hujahan-hujahan ‘isu sensitif’, ‘melibatkan orang-orang Islam sahaja’ dan ‘anti-Islam’! Apatah lagi, 29 orang individu itu sendiri adalah orang-orang Islam.
Kes-kes murtad dari agama Islam telah pun muncul dalam mahkamah-mahkamah sivil kita. Lim Chan Seng dan Mohd Hakim Lee adalah hanya dua daripadanya. Walaubagaimanapun, sebelum Lina Joy, Mad Yaacob Ismail, Daud Mamat, Mohd Ya dan Kamariah Ali ( selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai ‘4 Murtad Kelantan’) mengambil isu murtad mereka dari agama Islam ke mahkamah-mahkamah sivil pada tahun 2000, tiada seorang Melayu pun pernah pergi ke mahkamah untuk menegaskan hak untuk menolak agama Islam, agama mereka sejak kelahiran. Kes mengenai 4 Murtad Kelantan mempunyai lagi satu dimensi kerana dibicarakan di kubu Melayu, Kota Bharu, dengan peguam-peguam Islam menghujahkan hak perlembagaan anakguam mereka menolak agama Islam.
Kes-kes Lina Joy dan 4 Murtad Kelantan juga melihat, pada kali yang pertama, cabaran kepada bidangkuasa mahkamah-mahkamah Syariah untuk mengadili isu ini dan cabaran mengenai kesahihan beberapa enakmen tertentu berhubung dengan pentadbiran undang-undang Syariah.
Bantahan yang dibuat oleh ‘kumpulan 29’ itu dan guaman undang-undang oleh Lina Joy dan 4 Murtad Kelantan adalah penegasan-penegasan untuk memilih konstitutionalisme lebih daripada proses 'Pengislaman’ yang telah diteruskan oleh beberapa pihak tertentu.
Pada bulan Disember, 2000, Majlis Peguam dan HAKAM telah menganjur suatu forum berjudul ‘Freedom of Religion’ sempena dengan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Masyarakat awam yang hadir telah dijamu dengan ucapan-ucapan oleh wakil-wakil dari agama-agama bukan Islam mengenai ketiadaan paksaan dalam kepercayaan mereka masing-masing. Professor Shad Faruqi telah memberikan suatu huraian yang paling jelas mengenai jaminan-jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan keatas kebebasan beragama dan kemudian menawarkan pandangan peribadinya, sebagai seorang beragama Islam, bahawa tidak boleh diadakan sebarang paksaan dalam agama Islam. Bertentangan dengan itu, Abdul Ghani Shamsudin, wakil dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM), dengan jelasnya paling tidak selesa dengan pokok perbincangan itu dan menbentangan suatu kertas yang begitu tidak meyakinkan.
Adalah berdasarkan keatas tirai belakang ini bahawa mesyuarat-mesyuarat pro-tem mengenai daya usaha IFC telah dimulakan pada tahun 2001.
Kamu boleh mengingati semula bahawa pada mesyuarat-mesyuarat ini, kebimbangan dan keberatan-keberatan pada peringkat awal yang diluahkan oleh ACCIN adalah bahawa:
1. ACCIN tidak memihak kepada sebarang dialog intra-kepercayaan di bengkel itu;
2. perbincangan-perbincangan itu sepatutnya dibataskan kepada aliran utama Islam;
3. ACCIN tidak dapat bersetuju bahawa bengkel yang dicadangkan itu membuat peruntukan bagi seorang speaker dari suatu
kumpulan yang mengakui diri mereka sendiri sesat daripada aliran utama Islam;
4. jawatankuasa pro-tem hanya boleh berurusan dengan kumpulan-kumpulan Islam aliran utama; dan
5. dengan membenarkan kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini suatu kesempatan untuk bercakap akan memusnahkan asas dialog-
dialog antara-kepercayaan.
Pujian patut diberikan kepada wakil-wakil bukan Islam dalam jawatankuasa pro-tem. Mereka telah melihat apa yang sedang berlaku. Mereka telah bersemuka dengan ugutan oleh ACCIN untuk menarik diri dari daya usaha IFC melainkan pendirian ACCIN iaitu ‘berurusan dengan kami sahaja’ dipersetujui. ACCIN mendesak anggapan bahawa tanpa penyertaan mereka, daya usaha IFC akan menjadi seekor itik tempang, dengan tidak mempunyai apa-apa kesamaan penyertaan orang-orang Islam.
Saya masih ingat wajah muka Adam yang tidak sabar-sabar di mesyuarat pro-tem keempat semasa Encik Harcharan dari MCCBCHS memintanya menerangkan siapakah yang menentukan mana satu orang-orang Islam adalah dari aliran utama dan mana satu pula yang mengikuti ajaran sesat! Dengan hampir tidak sedarkan diri, orang-orang bukan Islam yang mengambil bahagian dalam pro-tem telah pun menggunakan kuasa mereka yang datang dari suatu kesedaran bahawa terdapat orang-orang Islam di pihak mereka yang bersedia untuk menentang ACCIN dan ABIM keatas isu yang paling berduri: murtad.
Kita tahu apa yang berlaku selepas itu. Wakil-wakil bukan Islam telah beralah dan mematuhi prinsip untuk melibatkan semua keatas yang mana usaha itu telah dimulakan. Dengan itu, ACCIN dan rakan-rakan sependapat mereka telah menarik diri dan meninggalkan usaha itu.
Saya telah menanya soalan-soalan ini pada awal tadi:
1. Mengapa desakan bahawa ‘sesat dari Islam’ yang kononnya itu dikecualikan daripada sebarang penyertaan di bengkel itu atau persidangan negara?; dan
2. Jika ACCIN benar-benar merasakan bahawa isu-isu intra-kepercayaan tidak sepatutnya berada pada agenda untuk diperbincangkan di persidangan negara, atau tidak sepatutnya masuk dalam lingkungan skop IFC yang dicadangkan itu, mengapa tidak ikut serta bengkel itu dan berkongsi perasaan ragu-ragu mereka dengan peserta-peserta yang lain?
Menurut pandangan saya, kebimbangan utama ACCIN dan rakan-rakan mereka pada ketika ini adalah bahawa orang-orang Islam yang dikenalpasti sebagai tidak memihak proses ‘Pengislaman’ yang sedang dijalankan itu tidak sepatutnya dimasukkan dalam daya usaha IFC. Terdapat tiga alasan untuk ini.
Pertamanya, dengan kehadiran kononnya ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam ini di daya usaha IFC, nanti tidak akan terdapat ruang untuk hujahan-hujahan ‘isu sensitif’, ‘melibatkan orang-orang Islam sahaja’ dan ‘anti-Islam’. Ini hanya dapat berkesan pada masa dahulu apabila pihak-pihak berkuasa agama Islam hanya berurusan dengan orang-orang bukan Islam sahaja.
Keduanya, ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam yang dikatakan ini hampir-hampir diberikan suatu landasan yang sah untuk membangkitkan suatu cabaran kepada aspirasi-aspirasi oleh 'jaguh Islam' untuk membentuk sebuah negara Islam yang merangkumi ciri-ciri yang diinginkan mereka.
Ketiganya, dan menurut fikiran saya, paling pentingnya, mereka melihat kemungkinan yang ketara mengenai daya usaha IFC ini dijadikan usahasama yang pertama diantara orang-orang bukan Islan dan ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam yang dikatakan itu untuk menyemak proses 'Pengislaman’ itu. Mereka bimbang bahawa suatu gerakan masyarakat berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang mungkin akan menemui tempat berpijak permulaannnya.
Setelah gagal untuk memujuk orang-orang bukan Islam yang terlibat dalam daya usaha IFC itu untuk mengabaikan ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam yang dikatakan itu, ACCIN kemudian mengubah pendirian mereka iaitu ‘kami adalah orang-orang yang baik; kamu sedang meloncat-loncat dengan syaitan’ yang digunakan terhadap orang-orang bukan Islam. Kini pihak-pihak bukan Islam, khususnya MCCBCHS, adalah syaitan yang merancang dan memimpin suatu agenda untuk menyerang, melemahkan dan memusnahkan Islam.
Di peringkat ini, adalah sesuai untuk rujuk semula kepada lapuran saya. Sekiranya kamu belum lagi membacanya sehingga sekarang, sila bacanya sekarang. Anda akan lihat bahawa ia menceritakan hal mengenai aduan mengenai ‘kumpulan 29’ itu, masalah tentang 4 Murtad Kelantan itu dan hal mengenai Arifin Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Ayah Pin, setelah menolak agama Islam tetapi masih diuruskan oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam.
Sila imbas kembali bahawa apabila Adam menggesa jawatankuasa pro-tem itu untuk mengecualikan kononnya ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam itu daripada seluruh daya usaha IFC itu, lapuran saya yang mana beliau telah bergantung untuk menyatakan siapakah pengikut ajaran sesat itu. Juga ingat bahawa apabila usaha ini oleh ACCIN telah gagal, tiada rujukan selanjutnya pernah dibuat kepada lapuran saya selepas itu. Sebaliknya pula, dalam serangan mereka secara umum terhadap daya usaha IFC sebagai merupakan anti-Islam, seluruh tumpuan ACCIN adalah diatas Lapuran MCCBCHS itu.
Mengapa menimbuskan lapuran saya? Izinkan saya memberi sedikit penjelasan keatas soalan ini dengan membuat suatu rujukan kepada kontroversi lain yang berlaku kira-kira pada masa yang sama apabila mesyuarat-mesyuarat pro-tem itu sedang berlangsung, sebilangan kes-kes berkontroversi yang telah dibawa ke mahkamah dan suatu bantahan bertulis kepada Raja-Raja Melayu pada tahun 2005 oleh 226 orang-orang Islam mengenai beberapa enakmen Syariah yang tidak bercirikan Islam telah ditgubalkan.
Pada tahun 2001, media aliran utama Inggeris telah menyiarkan penulisan dan ucapan-ucapan mengenai beberapa individu tertentu, semua orang-orang Islam kecuali seorang, yang tidak serasi dengan ulama. Pada awal tahun 2002, PUM mengetuai usaha menulis kepada Majlis Raja-Raja untuk mengadu tentang individu-individu ini.
Segelintir masyarakat awam bertindak balas dengan menyokong individu-individu yang sedang diserang itu. Majlis Peguam menganjurkan suatu forum ‘freedom of expression’. Kumpulan-kumpulan dan pertubuhan-pertubuhan yang lain mengeluarkan kenyataan awam dengan menyokong individu-individu itu. Paling pentingnya dan relevan kepada poin saya sedang cuba buat, di kemuncak kontrovesi ini, media Inggeris sentiasa menyiarkan surat-surat dari orang beragama Islam kepada pengarang yang menyokong individu-individu itu.
Surat-surat ini oleh orang-orang Islam kepada pengarang memberi suatu pesanan yang amat penting: selain dari aktivis-aktivis Islam biasa yang terlibat dalam usaha-usaha masyarakat seperti IFC, terdapat orang-orang Islam yang lain dalam masyarakat yang tidak senang hati dengan percubaan oleh ulama untuk melemaskan atau mendiamkan penggunaan hak luahan hati yang dijamin dari segi perlembagaan. Mereka, pun, menyokong dan memilih konstitutionalisme.
Kes-kes berkontroversi. Pada tahun 2003 atau 2004, Dato’ Zaid Ibrahim telah memulakan prosiding dalam Mahkamah Persekutuan untuk mencabar enakmen hudud dari Kelantan dan Terengganu. Tahun lepas, Sulaiman Takrib telah memfailkan prosiding di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar 2 seksyen dalam Enakmen Kesalahan Takzir Terengganu, 2001. Cabaran Sulaiman adalah lebih berkesan di mana seksyen-seksyen 10 dan 14 itu, yang mana pada dasarnya membuatkannya suatu kesalahan bagi seorang beragama Islam untuk memegang suatu pandangan yang bertentangan dengan suatu fatwa, adalah dipertikaikan atas alasan-alasan bahawa perundangan negari tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang ini dan juga suatu hujahan bahawa ianya tidak mempunyai ciri-ciri Islam. Sulaiman, juga, menyokong dan memilih konstitutionalisme dan telah selanjutnya mempertaruhkan tuntutannya ke ruang demokratik yang mana Islam membenarkannya.
Dan dalam bulan April, 2005, 226 orang Islam yang berlatarbelakang menandatangani suatu petisyen kepada Raja-Raja Melayu dengan memohon suatu semakan undang-undang Syariah yang telah digubal sejak beberapa tahun yang lalu. Aduan itu pada pokoknya bahawa undang-undang ini memperkenalkan suatu unsur paksaan dalam Islam yang tidak didapati dalam Al-Qur’an dan melarang orang-orang Islam dari menunaikan tanggungjawab mereka untuk berfikir. Sekali lagi, orang-orang Islam ini berpaling kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat rujukan mereka.
Berapa ramai orang-orang Islam yang membentuk majoriti yang senyap memihak kepada konstitutionalisme?
Berapa ramai orang-orang Islam yang merupakan majoriti yang senyap berkongsi kebimbangan tetapi kekal membisu tentang kehilangan, bagi orang-orang Islam, ruang demokratik yang diberikan kepada mereka dalam Islam dan diiktirafkan dari segi perlembagaan, susulan dari proses 'Pengislaman' yang sedang berkembang di negara ini?
Adakah ACCIN dan pengikut-pengikutnya benar-benar mewakili majoriti orang-orang Islam di negara ini keatas setiap isu yang boleh difikirkan, seperti yang dikatakan oleh mereka?
Apa yang mungkin menggalakkan atau memberanikan orang-orang Islam yang membentuk majoriti senyap itu untuk memasuki persengketaan awam itu dan meluahkan kebimbangan mereka?
Menurut pandangan saya, sebanyak mana orang-orang Islam boleh dilihat dan didengar menyoal proses 'Pengislaman’ yang sedang didorong oleh ACCIN, Teras dan pengikut-pengikut mereka, sebanyak itulah orang-orang Islam yang membentuk majoriti yang senyap itu akan digalakkan, memberanikan diri dan diberi kuasa untuk bersuara.
Lapuran saya adalah sebegitu secara tepatnya. Suatu dokumen yang diterbitkan oleh seorang yang menganuti agama Islam sebagai cara hidupnya untuk pengedaran dan pertimbangan awam dalam yang mana kebimbangan tentang tekanan proses 'Pengislaman' itu telah ditimbulkan.
ACCIN menuntut bahawa mereka mewakili majoriti orang-orang Islam dalam negara ini. Satu-satunya perkara yang paling tidak diingini oleh mereka adalah untuk menguji tuntutan ini. Apa yang paling tidak diingini oleh mereka adalah semakin lama semakin ramai orang-orang Islam yang menimbulkan persoalan-persoalan tentang proses 'Pengislaman' itu, yang dengan itu juga menggalakkan orang-orang bukan Islam yang turut sama berbuat begitu.
Dengan kebimbangan itu menusuk fikiran, mereka menimbuskan lapuran saya.
Dan ACCIN pun bermaharajalela, dengan mengutuk Lapuran MCCBCHS sebagai suatu dokumen anti-Islam yang membuktikan suatu serangan keatas Islam oleh orang-orang bukan Islam, dan daya usaha IFC sebagai alat untuk memperkuatkan lagi serangan itu.
Jawatankuasa pengemudian daya usaha IFC, melalui Malik Imtiaz, datang untuk membela daya usaha IFC.
Malangnya, MCCBCHS dan Harcharan tidak menyangkal kedustaan tentang Lapuran MCCBCHS itu. Kegagalan mereka untuk bertindakbalas sewajarnya memberi kepercayaan kepada kedustaan itu. ACCIN membawa kedustaan ini ke masjid-masjid dan kerumah-rumah orang-orang Islam. Majoriti orang-orang Islam yang senyap ini, yang memang boleh diertikan bimbang tentang dakwaan ini mengenai suatu serangan keatas Islam, terus membisu.
Gabungan Artikel 11 itu dan forum-forumnya, menurut pandangan BADAI, PAS dan Teras mewakili lagi satu usaha masyarakat awam yang menyediakan suatu platfom yang amat umum untuk ‘pengikut-pengikut ajaran sesat” Islam yang dikatakan itu untuk membangkitkan soalan-soalan yang sukar tentang agenda negara Islam mereka. Surat terbuka kepada kerajaan yang dilancarkan di Forum PJ adalah merupakan suatu dokumen yang telah didrafkan dengan penuh keprihatinan yang benar-benar membayangkan aspirasi-aspirasi suatu masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang kaum dan rakyat berbilang yang menghantar suatu pesanan yang sangat jelas kepada kerajaan: pertegakkan negara sekular yang dibentuk di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957 dan penolakan sebarang anggapan mengenai sebagai negara teokratik.
Forum PJ, khususnya, melihat sebilangan orang-orang Islam yang munasabah dikalangan para hadirin. Yang lebih penting adalah kebimbangan oleh orang-orang Islam di kalangan para hadirin tentang proses 'Pengislaman' yang sedang berkembang di negara ini dan bagaimana ianya menekan hak orang-orang Islam.
Gabungan Artikel 11 dan forum-forumnya sedang muncul sebagai suatu
gerakan masyarakat awam yang berbilang bangsa, berbilang kaum dan berbilang yang
jauh lebih menyukarkan yang melibatkan orang-orang bukan Islam dan Islam
berbanding dengan daya usaha IFC.
Tidak seperti daya usaha IFC, gabungan
Artikel 11 sedang muncul sebagai
suatu gerakan
‘kuasa rakyat’.
Seperti yang diperhatikan awal tadi, BADAI, PAS dan Teras tidak dapat secara terbuka membantah aspirasi-aspirasi yang dirangkakan dalam surat terbuka Artikel 11 itu. Untuk berbuat demikian akan dengan serta-merta mendedahkan cita-cita mereka untuk membentuk, dalam jangkamasa yang panjang, suatu teokrasi.
Jadi BADAI, PAS dan Teras menggunakan kesempatan untuk mengaitkan gabungan Artikel 11 dengan daya usaha IFC. Jika kelicikan ini berkesan, kedustaan tentang IFC sebagai suatu usaha anti-Islam juga akan terlekat pada Artikel 11 itu.
Satu-satunya masalah adalah bahawa forum-forum itu telah pun membina suatu momentum tertentu dan tiada apa-apa jaminan bahawa kedustaan tentang gabungan Artikel 11 dan usaha IFC sebagai satu dan yang sama akan menjadi berkesan. Walaupun jika kedustaan ini adalah berkesan, tiada apa-apa jaminan bahawa gabungan Artikel 11 boleh ditakut-takutkan supaya menghentikan forum-forum itu, yang mana adalah kebimbangan yang sebenar. Jadi mereka kini menggabungkan kedustaan itu dengan tunjuk perasaan yang ganas di luar tempat-tempat di mana forum itu diadakan di Pulau Pinang dan JB dan mengugut bahawa melainkan forum-forum itu dihentikan oleh kerajaan, ketegangan itu akan bertambah menjadi rusuhan yang tidak boleh dikawal.
Dan untuk menghancurkan kesan penglibatan orang Islam dalam gerakan masyarakat awam yang muncul ini, pemain-pemain utama orang-orang Islam telah digelar sebagai ‘pengikut-pengikut ajaran sesat’, ‘pseudo-Islam, ‘sekular Islam’, ‘hiper-liberal Islam’ ‘pencinta murtad’. Saya akan menangani dakwaan-dakwaan ini secara terperinci dalam Kertas Kedua.
Rancangan itu berjaya. Pada bulan Julai, 2006, Perdana Menteri telah mengubah haluan dari pendirian sebelumnya pada bulan Mei bahawa forum-forum itu adalah suatu penggunaan hak-hak awam yang sah.
Mengapa berdusta? Sesiapa yang benar-benar bimbang tentang di mana proses 'Pengislaman' itu sedang membawa negara kita dan ingin memeriksa penghakisan hak-hak awam sebagai suatu akibat secara langsung dari proses itu mesti memahami sepenuhnya soalan ini.
BADAI, PAS, Teras, ACCIN dan pengikut-pengikut mereka masih jauh lagi dari harapan mereka untuk membentuk sebuah negara Islam seperti yang diperagakan oleh mereka. Mereka masih jauh lagi untuk mencapai kemenangan dalam pertempuran psikologi keatas orang-orang bukan Islam dan Islam yang tidak mempercayai dan tidak yakin dengan proses 'Pengislaman' mereka.
Mereka telah kehilangan ‘cek kosong’ yang pernah mereka miliki dalam perlaksanaan proses 'Pengislaman' mereka dan mereka tidak dapat menerima prospek dimana semakin lama semakin ramai orang-orang Islam dan bulan Islam meneliti rancangan-rancangan mereka.
BADAI, PAS, Teras, ACCIN dan pengikut-pengikut mereka berdusta untuk menimbulkan ketakutan bahawa Islam sedang diserang untuk mencipta suatu pemesongan perhatian supaya tumpuan majoriti orang-orang Islam yang senyap tidak akan beralih kepada betapa mana ketiadaan unsur-unsur Islam dalam proses ‘Pengislaman’ mereka sebenarnya. Saya akan menangani secara terperinci proses ‘Pengislaman’ yang sedang dijalankan sekarang yang kekurangan unsur-unsur Islam dalam Kertas Kedua.
BADAI, PAS, Teras, ACCIN dan pengikut-pengikut mereka berdusta untuk menimbulkan
ketakutan bahawa negara ini sedang berada di pinggiran suatu peperangan saudara
supaya orang-orang bukan Islam boleh di gertak untuk kembali ke penderitaan
mereka yang senyap akibat penghakisan hak-hak.

BADAI, PAS, Teras, ACCIN dan pengikut-pengikut mereka berdusta untuk memecah-belahkan masyarakat awam yang muncul itu yang tidak suka cara hidup yang diimpikan oleh mereka.

Masa akan menentukan samaada mereka berjaya.
"Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap". - Surah 17 Ayat 80 & 81 Kitab Suci Al-Qur’an
Rujukan sebelum ini : Kedustaan ACCIN: Selepas Persidangan
Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan