Pada bulan April 2004, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Shamala untuk suatu deklarasi bahawa pengislaman kedua-dua anaknya ke agama Islam oleh suaminya telah melanggar hak saksamanya, sebagai ibu mereka, untuk menentukan pengasuhan keagamaan mereka.  Hakim Mahkamah Tinggi telah mengakuiterima bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk mendengar kes Shamala memandangkan beliau bukan merupakan seorang Islam.  Sungguhpun demikian, hakim itu telah memutuskan bahawa, memandangkan anak-anak itu kini beragama Islam, Mahkamah Syariah adalah forum yang layak untuk menentukan status mereka. Keputusan itu mencerminkan kekaburan yang semakin menambah dalam persoalan-persoalan akses kepada keadilan dan mengenai bidangkuasa dalam perkara-perkara berhubung dengan agama Islam dan suatu kecenderungan yang semakin menambah oleh mahkamah-mahkamah sivil yang lebih tinggi untuk menunda ke Mahkamah-Mahkamah Syariah meskipun akibat-akibatnya.Ini mungkin diilustrasikan dengan paling baiknya melalui rujukan kepada nasihat yang ditawarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kepada Shamala bahkan semasa beliau menolak permohonannya:

 

 

 

 

Dalam bulan Julai 2004, Mahkamah Tinggi telah memberikan Shamala hak penjagaan (hari ke sehari) anak-anak itu dengan syarat bahawa beliau tidak harus mempengaruhi kepercayaan-kepercayaan keagamaan Islam mereka, misalannya dengan mendedahkan mereka kepada kepercayaan agama Hindunya.

 

 

 

Kes Shamala telah membawa pulang poin bahawa peranan keperlembagaan Mahkamah Tinggi sivil sebagai pelindung hak-hak warganegara biasa lantas menjadi khayalan sahaja.  Implikasi mengenai kes ini telah menjadi pendorong yang menyatukan dengan menarik bersama sebilangan kecil NGO dan ahli-ahli masyarakat awam yang mula merasa bimbang dan, menjelang bulan Mei 2004, mewujudkan gabungan yang dikenali sebagai Artikel 11.

 

 

 

Pada bulan Jun, 2004, Artikel 11 menganjurkan suatu forum umum separuh hari di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran orang awam tentang pencabangan kes Shamala dan bagaimana ia melanggar hak-hak rakyat.

 

 

 

Rujukan sebelum ini :  Kedustaan Tentang Artikel 11 : Mengapa Berdusta ? – Suatu Ringkasan 

 

Rujukan berikut:   Latarbelakang bagi Forum-Forum itu

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama