Kedustaan Tentang Artikel 11

 

Mendedahkan kedustaan itu

Pertimbangkan tiga kenyataan media berikut yang telah disebarkan secara meluas yang membekalkan contoh-contoh kedustaan itu.

 

 

Dalam suatu  keluaran media bertarikh 16 Mei, 2006 yang dikeluarkan oleh BADAI, yang mengakui telah menerajui Demo Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin menyatakan:

 

“BADAI menyangkal dakwaan Haris Ibrahim bahawa penunjuk perasaan tersalah maklumat bahawa forum tersebut tidak kena mengena dengan IFC, sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan kami mengetahui perkara ini berdasarkan 2 forum yang telah dibuat sebelum ini di Petaling Jaya and Melaka … Perjuangan mereka … adalah bukti niat jahat mereka dan agenda terselindung mereka untuk menubuhkan IFC”.

 

 

Dalam artikel Harakah hariannya bertajuk  “Agenda halus tubuhkan IFC berterusan” yang disiarkan pada 25 Mei 2006, Salahuddin Ayub [dari PAS] menggesa kerajaan untuk:

 

“mengambil tindakan ke atas Kumpulan Artikel 11 yang kini giat mempromosikan idea penubuhan IFC atas nama kebebasan agama”. 

 

Beliau selanjutnya menyatakan yang berikut dari suatu memorandum yang dikeluarkan oleh DEWAN Pemuda PAS Pusat:

 

“DPP Pusat percaya Kumpulan ini menggunakan platform road show yang mereka sedang rancangkan di seluruh negara ini bagi meneruskan agenda dan misi mereka yang masih belum dapat dilaksanakan iaitu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Inter Faith Commission) yang sepatutnya ditolak oleh pihak Kerajaan tetapi malangnya hanya ditangguhkan perlaksanaannya sepertimana yang diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri sebelum ini.”

 

 

 

Dalam suatu lapuran Harakah harian pada 1hb Jun 2006 bertajuk “Hentikan kempen sentuh sensitiviti umat”, Azmi Abdul Hamid dari Teras, apabila ditanya jika gabungan Artikel 11  mempunyai kaitan dengan ikhtiar IFC, kononnya menjawab:

 

“Mereka yang mencadangkan penubuhan IFC.  Apabila PM menyatakan IFC ditangguhkan mereka cuba cara yang lain.  IFC sebenarnya tidak mati.  Sebab itu timbul Artikel 11.  Masih ada lagi kempen seperti ini yang akan dilancarkan.” 

 

 

 

Tuntutan oleh Mohd Hafiz, Salahuddin dan Azmi, dalam suatu cara atau lain, bahawa gabungan Artikel 11 telah dibentuk untuk melanjutkan usaha untuk memperkukuhkan IFC dan/atau bahawa gabungan itu menggunakan forum-forumnya sebagai platfom untuk memperkukuhkan IFC.  Mohd Hafiz telah menyangkal penjelasan yang diberikan oleh saya, yang diberikan kepada media selepas tergendalanya forum Pulau Pinang itu, bahawa forum-forum Artikel 11 tiada kena-mengena dengan usaha IFC itu.

 

 

 

Saya hadir di semua forum-forum Artikel 11.  Saya juga telah terlibat secara langsung dalam perancangan dan organisasi mereka.  Sebaliknya pula, sepanjang pengetahuan saya yang terbaik, tiada seorang pun dari tiga individu ini hadir di mana-mana forum itu.

 

 

 

Olehkerana saya juga banyak terlibat dengan usaha IFC itu, saya oleh itu boleh memberitahu anda dari pengetahuan diri saya sendiri bahawa tuntutan-tuntutan bahawa forum-forum Artikel 11 adalah suatu percubaan secara sulit untuk memperlanjutkan lagi usaha IFC adalah tidak benar sama sekali. Daya usaha kedua-dua IFC dan Artikel 11 adalah terbuka dan jelas, dan maklumat mengenainya boleh didapatkan secara umum dan pada bila-bila masa.  Adalah oleh itu tidak masuk akal langsung bahawa ketiga-tiga individu ini benar-benar percaya bahawa apa yang mereka sebut tentang forum-forum Artikel 11 adalah benar.

 

 

 

Mohd Hafiz Nordin, Salahuddin Ayub dan Azmi Abdul Hamid telah memberikan testimoni palsu. 

 

                                        

                                                        

                                                             

 

 

                        

 

 

                                                 

 Kepada ketiga-tiga individu ini dan semua yang lain yang telah memburuk-burukkan gabungan dan forum-forum Artikel 11 dengan kedustaan, saya diarahkan untuk menanya:

 

                                                

                                                

 

 

 

 

Jika Mohd Hafiz, Salahuddin dan Azmi masih meneruskan kedustaan ini, saya dibimbing oleh Al-Qur’an untuk menanya:

 

 

                                                                     

                                                        

 

 

 

 

 

 

Rujukan sebelum ini :  Pengenalan  

 

Rujukan berikut: Kedustaan Tentang Artikel 11 : Mengapa Berdusta ?– Suatu Ringkasan 

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama