Forum-Forum Artikel 11  –  Latarbelakang

 

 

a)  Kes Moorthy – Isu Dikelirukan

 

Apabila Moorthy meninggal dunia pada lewat tahun 2005, balunya telah diberitahu bahawa, dengan tidak diketahui olehnya, Moorthy telah memeluk agama Islam dan, akibatnya, harus dikebumikan selaras dengan adat upacara orang-orang Islam.  Balu Moorthy berpaling kepada Mahkamah Tinggi sivil, dengan memohon suatu perintah bahawa suaminya telah meninggal dunia sebagai seorang Hindu dan beliau dibenarkan untuk mengambil dan membakar mayatnya.  Permohonannya tidak dibenarkan tanpa sebarang pertimbangan kehakiman terhadap keterangan yang telah beliau berikan.  Sebabnya – Mahkamah Syariah telah, selepas mendengar Majlis Agama dan tanpa mendengar balu Moorthy, menentukan bahawa si mati adalah seorang Islam dan Mahkamah Tinggi sivil tiada bidangkuasa untuk menyemak keputusan itu.

 

 

 

                                                                                     

 

      Arwah Sarjen Moorthy                                                                                                                                 Balu Sarjen Moorthy

 

 

 

Pertamanya, ianya mengalihkan perhatian dari isu sebenar yang timbul daripada kes Moorthy: penafian akses kepada keadilan bagi si balu itu.  Seperti yang dijangkakan, orang-orang Islam bertindakbalas untuk membantah seruan untuk meminda Artikel 121(1A).  Pandangan-pandangan yang membantah ini menimbulkan perasaan takut mengenai suatu konflik “Islam lawan bukan Islam” (Teras: Do not touch syariah jurisdiction) (Perkara 121: PM diminta jangan tunduk pada desakan).  Malangnya, ini memudahkan orang-orang yang paling banyak mendapat manfaat jika penduduk Islam boleh dijadikan cemas dengan memikirkan bahawa Islam sedang diserang.

 

 

 

Keduanya, ia mengalihkan perhatian daripada keperluan untuk membetulkan:

 

·        pindaan kepada Artikel 121(1)

 

·        kesalahfahaman mengenai kesan Artikel 121(1A) ; dan

 

·        kesalahfahaman mengenai status Mahkamah-Mahkamah Syariah.

 

 

 

Saya akan terangkan.

 

 

 

 

Jika isu sebenar dalam kes Moorthy adalah mengenai akses kepada keadilan dan tidak timbul dari terma-terma Artikel 121(1A), apakah punca masalah itu? Jawapannya, menurut pandangan saya, adalah pindaan kepada Artikel 121(1) dan bagaimana pindaan ini telah diertikan oleh hakim-hakim kita. Untuk memahami ini, ianya mungkin boleh membantu untuk memahami pada mulanya skop mengenai Artikel 121(1) yang asal sebelum dipinda, dalam konteks doktrin  pengasingan kuasa keatas yang mana sistem kerajaan kita telah diasaskan.

 

 

 

 

Artikel 121(1) pada asalnya memperuntukkan bahawa ‘kuasa kehakiman Persekutuan’ diletakhak pada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Adalah penting untuk memahami bahawa ini bermaksud bahawa Mahkamah-Mahkamah Tinggi kita memperolehi kuasa kehakiman mereka daripada Perlembagaan itu dan tidak terikat kepada Eksekutif atau Parlimen. Begitu juga, peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan telah menganugerahkan kuasa-kuasa eksekutif dan perundangan Persekutuan keatas Eksekutif dan Parlimen masing-masing. Maka itu terdapatnya ‘pengasingan kuasa’. Tiga anggota kerajaan, iaitu, eksekutif, perundangan dan sistem kehakiman negara, saksama, bebas dan berasingan.

 

 

 

                                                                                                                                                                    

 

Ini berubah pada tahun 1988.  Artikel 121(1) yang baru kini memperuntukkan bahawa Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo “mempunyai bidangkuasa dan kuasa-kuasa sedemikian yang akan dianugerahkan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan”. Bolehkah anda melihat perbezaannya? Dahulunya semua kuasa kehakiman persekutuan telah, melalui Perlembagaan, diletakhakkan pada Mahkamah-Mahkamah Tinggi. Sekarang, Mahkamah-Mahkamah Tinggi akan mempunyai bidangkuasa dan kuasa sedemikian seperti yang dianugerahkan oleh Parlimen. Dan sebagaimana yang kita semua tahu, Parlimen telah dikuasai oleh Eksekutif.

 

 

Adakah pindaan kepada Artikel 121(1) mempunyai kesan yang membatalkan kuasa-kuasa Mahkamah Tinggi yang telah dinikmati olehnya sebelum pindaan itu? Hakim Gopal Sri Ram tidak berpendapat begitu. Yang Arif telah memerhatikan dalam kes Sugumar  bahawa walaupun pindaan kepada Artikel 121(1) telah memotong perkataan kuasa kehakiman Persekutuan, selaras dengan prinsip-prinsip terjemahan perlembagaan yang telah mantap, pemotongan itu tidak mempunyai kesan yang membatalkan kuasa kehakiman daripada Mahkamah-Mahkamah Tinggi.

 

 

 

 

                                                                                               

 

 

                                                                                                 Y.A. Hakim Gopal Sri Ram, HMR

 

 

 

 

Keriuhan untuk meminda Artikel 121(1A)   memesong perhatian dari masalah yang sebenar: pindaan kepada Artikel 121(1) dan kesannya, sebenar atau yang dibayangkan, keatas status Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil sebagai suatu anggota kerajaan yang saksama, bebas dan berasingan.

 

 

 

Beberapa ahli kehakiman telah membuat suatu pembacaan terserong Artikel 121(1A), menterjemahkannya dengan mengecualikan Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil dari mendengar apa-apa perkara yang mana diertikan adalah menyentuh Islam. Beberapa hakim juga mempunyai anggapan yang tidak dapat dijustifikasikan secara sahnya bahawa Mahkamah-Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa yang samarata dengan Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil. Pengertian yang telah diputarbelitkan ini, berganding dengan masalah yang disebabkan oleh pindaan kepada Artikel 121(1) itu, telah membentang asas bagi ketidakadilan yang dilakukan dalam kes Moorthy.  Hakim Mahkamah Tinggi memperhatikan bahawa Mahkamah Syariah telah, tanpa mendengar si balu itu, membuat suatu perintah bahawa Moorthy telah meninggal dunia sebagai seorang Islam.  Walaubagaimanapun, beliau:

 

 

·  tidak mengendahkan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Agung dalam  Tan Sung Mooi bahawa bidangkuasa keatas suatu pertikaian yang melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam masih kekal dengan mahkamah-mahkamah sivil.

 

·  memutuskan bahawa persoalan mengenai kepercayaan Moorthy pada masa kematiannya telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan mendapati dirinya tiada bidangkuasa untuk mengendalikan semakanan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah itu.

 

 

 

Bahasa yang digunakan dalam mengubalkan Artikel 121(1A) adalah biasa dan tidak mengancam. Pindaan itu tidak menambah apa-apa kepada bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah  Syariah bahkan tidak mengambil keluar apa-apa dari bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil. Ia cuma menyatakan bahawa jika suatu perkara adalah lingkungan bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah, Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil tidak akan menggunakan bidangkuasa dalam perkara-perkara-perkara itu. Ia tidak mengubah status Mahkamah-Mahkamah Syariah sebagaimana kedudukannya sebelum tahun 1988. Jika Mahkamah Syariah adalah sebuah mahkamah bawahan sebelum pindaan perlembagaan pada tahun 1988, seperti mana yang saya percaya kedudukannya pada masa itu, tiada apa pun yang berubah dengan pindaan-pindaan itu. (Syariah courts are inferior to civil courts)

 

 

 

Syukurnya, terdapat sebilangan yang sedar bahawa masalah sebenar bukannya pada undang-undang bertulis tetapi pada kegagalan hakim-hakim untuk menjalankan tugas mereka untuk mentafsirkan dan menguatkuasakan undang-undang. Seorang menteri persekutuan ( Nazri tries to cool anger over Muslim burial dispute ), , seorang bekas Peguam Negara yang memegang jawatan apabila Artikel 121(1A) telah digubalkan  ( Interpret constitution boldly, former AG tells judges ) dan kebanyakan dari masyarakat awam melihat apakah masalahnya.   ( Courts should hear merits of Moorthy’s case ) ( Syariah Court should hear both sides )

 

 

 

Adalah merangsangkan untuk menerima pengesahan dari Perdana Menteri bahawa Artikel 121(1A)  tidak akan dipinda atau dimansuhkan dan alasan-alasannya yang dinyatakan bahawa undang-undang berkenaan dengan bidangkuasa, seperti yang diisytiharkan dalam Artikel itu, adalah jelas. Walaubagaimanapun, punca sebenar yang membimbangkan adalah pandangan Perdana Menteri yang tersilap bahawa orang-orang bukan Islam boleh menyerahkan kepada bidangkuasa mahkamah-mahkamah Syariah.  Sungguhpun begitu, Perdana Menteri telah memberikan alasan untuk harapan apabila beliau mengakui keperluan suatu perdebatan baik keatas isu-isu yang sukar ini, dengan membenarkan suatu perbincangan objektif dan tidak beremosi tanpa mengemparkan orang awam atau kepekaan perkauman (Article 121(1A) – No change) Galakan yang serupa juga terdapat pada keyakinan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mendengar pandangan dari semua pihak, mengkaji isu itu dan mencari suatu jalan penyelesaian yang memuaskan semua tanpa menjejaskan kedudukan Islam (Najib : Changes will not affect Syariah Court).

 

 

 

 

b)  Kes Nyonya Tahir: Isu itu Dikusutkan lagi

 

                                                                                                           

                                                                                                                   Nyonya Tahir

 

Apabila beliau meninggal dunia, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memohon kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan terhadap status keagamaan Nyonya dan permintaan dari keluarganya untuk mengkebumikannya mengikut adat resam Buddha.  Juga terdapat suatu permintaan daripada keluarganya: anak-anaknya memberikan afidavit-afidavit dan 8 dari 13 orang anak-anak Nyonya telah pergi ke Mahkamah Syariah dan meminta pihak-pihak berkuasa untuk membenarkan mereka mengkebumikannya sebagai seorang beragama Buddha.  Mahkamah Syariah telah mengisytiharkannya sebagai bukan Islam dan beliau telah dikebumikan mengikut adat resam Buddha.

 

 

Sebilangan besar dari masyarakat awam merasa lega kerana ahli-ahli keluarga Nyonya Tahir tidak menghadapi trauma sama seperti saudara-mara Moorthy.  Walaubagaimanapun, ramai yang bimbang bahawa pendekatan yang diterimapakai oleh Mahkamah Syariah, apabila membenarkan ahli-ahli keluarga Nyonya Tahir yang bukan Islam untuk memberikan keterangan melalui afidavit mengalihkan perhatian dari akibat perbicaraan yang paling tidak memuaskan untuk menentukan prosiding kepercayaan Nyonya Tahir di Mahkamah Syariah: ahli-ahli keluarganya tidak dapat hadir atau diperdengarkan sebagai suatu pihak dalam prosiding itu kerana peruntukan dalam Perkara 1, Senarai II, Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  Peruntukan itu dengan jelasnya menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada orang-orang yang menganuti agama Islam. Namun keputusan Nyonya Tahir kini sedang di desak sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang difahamkan terdedah melalui kes Moorthy.

 

Sebab selanjutnya untuk merasa bimbang adalah bahawa Perdana Menteri juga, terpengaruh di bawah kesalahfahaman bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak terhad hanya kepada orang-orang yang menganuti agama Islam.

 

 

c) Kamar Peguam Negara: Berperlembagaan atau Pejabat Syariah?

 

Walaupun Perdana Menteri mengesahkan bahawa Artikel 121(1A) tidak akan dimansuhkan atau dipinda, beliau memberitahu orang awam bahawa Peguam Negara akan berunding dengan beberapa pihak dan kemudian menasihatkan kabinet tentang sebarang perubahan yang akan dilakukan dari segi undang-undang (Article 121(1A) – No change ).  Walaubagaimanapun, maklumat ini hampir tidak boleh dijangkakan untuk menenangkan kebimbangan masyarakat awam memandangkan bahawa laman web Kamar Peguam Negara juga telah bagi seketika mengumumkan suatu bahagian Syariah di mana matlamat ternyata adalah untuk mengendalikan suatu semakan semua undang-undang awam untuk memastikan pematuhannya dengan undang-undang Syariah. 

 

 

 

Dengan diberikan pengesahan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 dalam Che Omar Che Soh bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bahawa undang-undang Syariah dipakai hanya dalam suatu lingkungan kecil dan hanya berkenaan dengan orang-orang yang menganuti agama Islam, seseorang akan menjangkakan Kamar Peguam Negara untuk memeriksa undang-undang Syariah untuk memastikan pematuhan dengan Perlembagaan Persekutuan!  Berlandaskan perasaan tidak selesa yang dialami oleh sebilangan besar masyarakat awam, masyarakat Islam dan juga bukan Islam, pengumuman Perdana Menteri, jika diniatkan untuk menenangkan kebimbangan itu, telah gagal.

 

 

 

 

d) Tuntutan Negara Islam & Pengislaman: Tekanan Semakin Bertambah Keatas Masyarakat Awam

 

 

 

Negara Islam?

 

 

MP Jerai bukannya seorang diri dalam tuntutan ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.  Apabila SUHAKAM meminta penerangan berkenaan dengan tuntutan-tuntutan sedemikian, kerajaan persekutuan mengesahkan  tuntutan itu, dengan menyatakan, sebagai salah satu alasan-alasannya, bahawa Malaysia telah dibentuk oleh orang-orang Islam!  Pendirian kerajaan persekutuan keatas isu ini berselisihan dengan pendirian yang dinyatakan dalam lapuran Suruhanjaya Reid dan pengucapan yang dibuat oleh Mahkamah Agung dalam Che Omar Che Soh.

 

 

Kampung 'Kerajaan Langit' dimusnahkan

                                                                                                 

          Kerajaan Langit pada 31hb Julai 2005                                                     Kerajaan Langit selepas 31hb Julai 2005

 

 yang menghentikan sebarang tindakan selanjutnya oleh Pejabat Tanah itu.  Adalah pengetahuan umum bahawa penduduk kampung itu telah lama diawasi oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam peringkat persekutuan dan negeri disebabkan oleh amalan-amalan sesat dan bahawa pihak-pihak berkuasa telah  mengugut untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.

 

Kes Lina Joy

Dalam bulan September 2005, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan dari Lina Joy, seorang yang murtad dari agama Islam. Lina telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk perintah-perintah bahawa jabatan Kad Pengenalan memotong perkataan “Islam” daripada KPnya.  Jabatan KP telah memaklumkan Lina bahawa permohonannya hanya akan dibenarkan jika beliau boleh mengemukakan suatu perintah dari Mahkamah Syariah yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang murtad. 

                      

Dengan menolak permohonannya, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pertamanya, hanya mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk menentukan jika Lina adalah seorang Islam.  Mahkamah selepas itu meneruskan untuk menyimpulkan bahawa Lina, yang merupakan seorang “Melayu” seperti yang ditafsirkan dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat menolak agama Islam, sungguhpun pemakaian terhad yang ternyata dalam Artikel itu.  Walaupun majoriti Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan itu nampaknya tidak bersetuju dengan bahagian kedua keputusan Mahkamah Tinggi itu, mereka memutuskan bahawa keperluan yang dikenakan oleh jabatan KP adalah munasabah, sungguhpun bahawa peraturan-peraturan bertulis dari jabatan KP tidak membenarkannya. 

 

Keputusan Mahkamah Rayuan secara efektifnya bermaksud bahawa walaupun Lina, yang telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang mengamalkan agama Kristian dan telah dibaptiskan agak lama sebelum ini, masih tidak dapat mengahwini lelaki pilihannya.  Beliau telah kemukakan bukti yang jelas bahawa beliau tidak menganuti agama Islam, namun anggota kerajaan eksekutif (melalui jabatan KP) dan sistem kehakiman negara menghendaki orang yang mengakui sendiri bukan Islam untuk menyerah kepada bidangkuasa mahkamah Syariah untuk mengesahkan bahawa beliau bukan seorang Islam.  Sehingga itu, beliau tidak boleh meneruskan dengan hidupnya.

 

Kes-Kes Daud Mamat dan Kamariah Ali

                                                                                           b

       Daud Mamat                                                                                                                       Kamariah Ali

Kedua-dua Daud dan Kamariah telah mengangkat sumpah surat-surat akuan berkanun dalam bulan Ogos 1998 dengan menolak agama Islam dan telah menyatakan ini secara terbuka di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu dalam bulan November 2000.  Kamariah menghadapi suatu tuduhan tambahan kerana telah menyatakan secara palsunya, di mahkamah rendah Syariah Besut, bahawa beliau bukan seorang Islam, dengan tujuan untuk mengelak bidangkuasa mahkamah itu. 

 

Kedua-dua Daud dan Kamariah kemudian memfailkan permohonan-permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk beberapa deklarasi bahawa semua undang-undang, mahkamah-mahkamah dan pegawai-pegawai penguatkuasaan Syariah tidak mempunyai apa-apa bidangkuasa keatas mereka kerana mereka telah, melalui deklarasi mereka sendiri pada tahun 1998, keluar agama Islam.  Pada bulan Disember 2005, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak  permohonan-permohonan mereka selepas membenarkan bantahan-bantahan awal dari kamar Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dan pihak-pihak berkuasa Agama Islam Terengganu bahawa mahkamah-mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk memberikan relif-relif yang dipohon. 

 

Adalah jelas bahawa dalam kes-kes Lina Joy, Daud Mamat dan Kamariah Ali, oleh kerana fokus telah ditumpukan keatas hujahan-hujahan kuasa jabatan dan bidangkuasa, rayuan dari individu-individu ini yang tidak dapat meneruskan hidup mereka tidak diendahkan langsung. 

                                  

                "Sesungguhnya pembalasan pasti terjadi" - Surah 51 Ayat 6 Kitab Suci Al - Qur'an.

 

 

Skuad Pengintip

Dalam bulan Januari 2006, Jabatan Agama Islam Putrajaya telah membentuk suatu “skuad pengintip” untuk “mengintip” orang –orang Islam untuk “memaklumkan” mengenai sesiapa yang dianggap “berperangai buruk”.  Apa yang paling mengelisahkan adalah hakikat bahawa pada tahun lepas, kerajaan persekutuan telah mencelah dengan memerintahkan untuk membubarkan suatu usaha yang sama di Melaka.  Namun pihak-pihak berkuasa agama Islam di ibu negara persekutuan bersedia untuk mencabar hak arahan yang jelas ini dibawah batang hidung kerajaan persekutuan.  Sekali lagi kerajaan terpaksa mencelah untuk menghentikan usaha itu. (Morality squad will obey order to disband)  

 

 

Pempolitikan Islam

Dalam bulan Februari 2006, seorang menteri persekutuan telah mengakui bahawa Islam telah dipolitikkan oleh UMNO dan juga PAS dalam perlumbaan untuk mendapatkan undi-undi dari orang-orang Islam.  Dalam suatu dialog diantara Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Majlis Peguam, saya telah menanya Menteri itu jika Perdana Menteri sedang diugut oleh sebilangan orang-orang Islam yang tidak bertolak ansur telah mempotretkan diri mereka sebagai bercakap bagi pihak majoriti orang-orang Islam. 

 

 

 

 

e) Rational disebalik forum-forum Artikel 11

 

Perkara-perkara yang dirujuk diatas merupakan tirai latar terhadap yang mana Artikel 11 memutuskan untuk mengadakan suatu siri forum.  Yang berikut, menurut pandangan saya, dengan adilnya merupakan aspirasi-aspirasi gabungan itu dalam memutuskan untuk mengadakan forum-forum itu:

 

i)       untuk membangkitkan kesedaran bahawa disebalik hujahan undang-undang yang rumit dalam kes-kes Lina Joy dan Kamariah terdapat tragedi manusia terhadap rakan warganegara Malaysia yang tidak dapat meneruskan kehidupan mereka;

 

ii)      untuk memperjelaskan bahawa isu yang timbul dalam kes Moorthy bukanlah merupakan pertandingan Islam/bukan Islam tetapi merupakan suatu penafian akses kepada keadilan, yang  berkemungkinan berkaitan dengan sifat membisu beberapa ahli-ahli kehakiman untuk memenuhi sumpah taat setia kepada jawatannya.  Ini membimbangkan semua rakyat jelata, Islam atau sebaliknya;

 

iii)     untuk mencipta kesedaran yang meluas dikalangan rakyat Malaysia berkenaan dengan hak-hak sepenuhnya yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, dan sifat sekular sistem undang-undang dan pentadbiran kita yang dibentuk dibawahnya dan secara khususnya disahkan oleh mahkamah tertinggi kita pada tahun 1988.  Juga, untuk membuatkannya jelas bahawa sistem undang-undang dan pentadbiran ini telah, sehingga baru-baru ini, beroperasi secara harmoni dengan peruntukan perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan;

 

iv)     untuk menarik perhatian pemimpin-pemimpin negara terhadap kebimbangan yang kian menambah, dari rakyat beragama Islam dan juga bukan Islam, mengenai kesan proses “Pengislaman” yang sedang dianjurkan, dalam beberapa kes, yang dilakukan oleh beberapa jabatan tertentu (termasuk jabatan kerajaan).  Proses ini dilihat sebagai melanggar cara hidup kita yang majmuk dan lengkap seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan nampaknya meletakkan teokrasi untuk menggantikannya;

 

v)      untuk menarik perhatian kepada kecenderungan yang merbahaya dengan tidak mengendahkan peruntukan-peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.  Ini terbukti dalam kes Nyonya Tahir di mana had bidangkuasa mahkamah Syariah telah tidak dihiraukan; dan

 

vi)     untuk memberikan masyarakat awam suatu cara pendekatan dengan yang mana semua pandangan boleh di nyatakan dengan terang dan jelas dan dibawa ke perhatian pemimpin-pemimpin negara kita.

 

 

 

Kebimbangan Artikel 11 pada mula-mulanya berbangkit daripada penafian hak seorang ibu supaya didengar keatas pengasuhan keagamaan anak-anaknya yang masih muda lagi.  Gabungan itu telah berkembang, dalam kurang dari 2 tahun, menjadi suatu usaha rakyat jelata yang memohon untuk merujuk kepada beberapa isu kritikal yang dihadapi oleh negara kita sekarang.

 

 

Rujukan sebelum ini :  Pembentukan Artikel 11

 

Rujukan berikut:   Kandungan Forum

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama