Kedustaan ACCIN
Kedustaan ACCIN: Keadaan selepas Bengkel itu diadakan dan sebelum Persidangan itu
Saya telah menjelaskan kedustaan tentang “mesyuarat-mesyuarat permulaan itu” diatas. Namun, kedustaan itu tidak berhenti disitu.
Pada suatu ketika, ACCIN memulakan untuk menjadi tuan rumah bagi suatu laman web ‘Bantah IFC’. Saya telah muat turunkan dokumen-dokumen dari laman web itu yang akan digunakan sebagai bukti untuk menyokong pernyataan-pernyataan saya.
Memorandum ACCIN: Latarbelakang
Suatu memo ACCIN bertarikh 25hb Januari, 2005 telah dikeluarkan kepada kerajaan. Ianya telah ditandatangani oleh Dato’ Hj Mustapha Ma, pengerusi ACCIN pada masa itu.
Saya boleh sahkan bahawa Dato’ Hj Mustapha Ma tidak pernah menghadiri satu pun mesyuarat-mesyuarat berhubung dengan daya usaha IFC, ataupun bengkel itu. Memandangkan memo ini telah dikeluarkan sebelum Persidangan Februari 2005 itu, iaitu sebelum Kenyataan Pleno dan Draf Rang IFC boleh didapati secara meluas dalam domain awam, hanya Dato’ Hj Mustapha Ma boleh sahkan asas keatas yang mana beliau endoskan kandungan memo itu. Agaknya, beliau berbuat demikian juga bergantung keatas maklumat dari “salah seorang yang telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat permulaan itu”.
Melalui memo itu, ACCIN pada dasarnya menegaskan bahawa:
i) Usaha IFC adalah merupakan suatu ikhtiar yang dibuat oleh beberapa pihak dan pertubuhan bukan Islam tertentu. Dua pertubuhan telah dinamakan: MCCBCHS & Majlis Peguam;
ii) Lapuran MCCBCHS adalah semata-matanya merupakan "suatu percubaan yang kasar, biadab dan tidak sensitif untuk bercampurtangan dengan cara hidup orang-orang Islam dan pengajaran Islam" dan 'bahawa tiada satu pun perkara-perkara yang ditimbulkan dalamnya menyentuh hal orang-orang bukan Islam";
iii) IFC akan “merendahkan status Islam sebagai agama rasmi” Malaysia dan “membuat cemuhan terhadap Agong dan Sultan-Sultan sebagai ketua-ketua pegawai agama Islam”, “bercampurtangan dengan pengaturan-pengaturan perlembagaan yang wujud sekarang bagi pentadbiran perkara-perkara yang menyentuh Islam” dan akan membangkitkan implikasi yang serius terhadap perpaduan masyarakat Islam, perhubungan Persekutuan-Negeri dan keupayaan pentadbiran Islam;
iv) IFC yang dicadangkan itu adalah diniatkan sebagai suatu “badan merujuk keluhan” dan akan diberikuasa untuk menerima aduan-aduan daripada pengikut-pengikut dari mana-mana agama terhadap agama yang lain. Ianya akan diberikuasa untuk membuat keputusan, “termasuk menukar pengajaran agama ‘yang menyinggungi” itu, dan menguatkuasakan keputusan-keputusannya menurut cara sebuah mahkamah undang-undang;
v) IFC yang dicadangkan itu mempunyai “potensi untuk bercampurtangan dengan pengajaran mana-mana agama” dan “akan mengancam secara serius perpaduan kaum di negara ini”;
vi) SUHAKAM “telah pun menawarkan suatu tempat untuk sebarang keluhan mengenai hak asasi manusia”, jadi tidak perlunya untuk suatu badan yang lain untuk menangani persoalan hak untuk mengamalkan agama seseorang; dan
vii) Matlamat yang jelas oleh IFC yang dicadangkan itu adalah untuk “merendah-rendahkan Islam di negara ini”.
ACCIN telah membuat dakwaan-dakwaan selanjutnya dalam memo itu, yang mana saya dengan sengajanya menyatakannya secara berasingan dari yang dinyatakan diatas untuk menarik perhatian anda kepadanya secara khususnya. Seksyen-seksyen yang perlu diperhatikan telah ditandakan warna merah.
Menurut ACCIN:
viii) Orang-orang bukan Islam telah menguasai Majlis Peguam, yang terdiri dari beberapa ahli yang mempunyai kebencian yang mendalam terhadap Islam, yang telah “berusaha sedaya upaya untuk memastikan kejayaan” daya usaha IFC, “dengan tidak mengambil kira bantahan-bantahan dari ahli-ahlinya yang beragama Islam di Jawatankuasa Kecil Shariahnya”; dan
ix) Sebagai suatu strategi untuk memastikan penubuhan IFC, hanya butir-butir ringkas mengenai Suruhanjaya yang dicadangkan itu telah diperkenalkan pada masa ini. Isu-isu yang telah ditimbulkan akan nampak munasabah, jika implikasi itu tidak dihargai sepenuhnya. Misalannya, perkara tentang pihak-pihak yang telah memeluk agama Islam yang ingin kembali ke kepercayaan mereka yang asal selepas perkahwinan mereka dengan pasangan Islam telah berakhir. Walaubagaimanapun, memandangkan kebencian mereka terhadap Islam, apa yang merisaukan adalah bahawa tuntutan-tuntutan lain akan berturut yang mana akan menyebabkan perwatakan Islam di negara ini lesap. Ianya telah diperkatakan bahawa Malaysia mungkin telah memperolehi status sebuah negara Islam, jika bukan kerana percampurantangan oleh ketua-ketua koloni dan ketibaan bukan Islam. Adakah negara ini kini bertukar menjadi sebuah negara sekular sekali lagi dengan Islam cuma merupakan suatu aksesori politik?
Jika anda telah melihat memo ACCIN yang sebenarnya, anda akan perhatikan bahawa ianya dalam Bahasa Melayu. Terdapat suatu penterjemahan Inggeris berkenaan dengan memo ACCIN itu yang boleh didapati di laman web, dan saya telah meringkaskan poin-poin i) hingga vii), dan kebanyakan dari viii), dari penterjemahan itu.
Mempunyai memo itu dalam kedua-dua Bahasa Melaya dan Inggeri adalah suatu strategi yang baik supaya pendapat ACCIN boleh sampai kepada orang-orang awam yang membaca Melayu dan juga Inggeris. Suatu lagi taktik yang lebih baik di pihak ACCIN adalah pengeluaran bahagian-bahagian yang akan menimbulkan perbalahan dari memo dalam terjemahan Inggeris, iaitu, semua dari poin (ix) dan frasa “yang terdiri dari beberapa ahli yang mempunyai kebencian mendalam terhadap Islam” yang ditandakan merah diatas di poin (viii). Saya telah terjemahkan bahagian-bahagian ini dari memo ACCIN berbahasa Melayu memandangkan tiada yang bersamaan terdapat dalam terjemahan Inggeris.
Strategi ACCIN telah mula didedahkan. Kepada orang-orang awam yang membaca bahasa Melayu (dan mungkin Melayu beragama Islam), memberikan amaran tentang beberapa unsur masyarakat yang kononnya menyembunyikan rasa kebencian yang mendalam terhadap Islam dan yang didakwa telah memulakan suatu agenda untuk membuat Malaysia sekular sekali lagi. Kepada orang-orang awam yang membaca bahasa Inggeris (termasuk orang-orang Melayu bukan Islam dan orang-orang Melayu yang fasih dalam Bahasa Inggeris), walaubagaimanapun, tiada satu pun dari ini disebutkan.
Perhatikan pendirian yang diambil dengan pembaca Melayu: pembenci Islam sedang cuba untuk membuat negara ini sekular sekali lagi. Walaupun negara ini adalah sekular pada suatu masa dahulu, ianya bukan sebegitu lagi, tetapi terdapat kuasa-kuasa di luar situ yang bertekad untuk membuatkannya sekular sekali lagi. Masih Ingat apa yang saya tulis pada awal tadi tentang pertempuran psikologi untuk mendapatkan ornag-orang untuk mempercayai kefahaman bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam? Disini anda boleh lihat ianya di menjadi kenyataan.
Dato’ Hj Mustapha Ma telah menandatangani memo itu dan oleh itu seharusnya bertanggungjawab terhadapnya.
Beliau menyatakan dalam memo itu bahawa hanya butir-butir ringkas mengenai Suruhanjaya yang dicadangkan itu telah diperkenalkan pada masa itu. Keebetulannya, oleh kerana memo itu telah dikeluarkan sebelum Persidangan itu, Rang Undang-Undang IFC belum lagi diedarkan secara luas pada masa itu. Namun, kita tahu dari sekurang-kurangnya satu lapuran media, bertajuk “Muslim groups oppose inter-faith commission” (Malaysiakini, 8 Februari, 2005) bahawa Baharudeen dari UIA telah menerima sesalinan Draf Rang itu bahkan sebelum Persidangan itu. Baharudeen, seperti yang terbukti dari laman web “Bantah IFC”, telah merupakan seorang penyumbang yang banyak mengkaryakan artikel-artikel yang mengutuk daya usaha IFC. Ingat, juga, bahawa walaupun ACCIN telah secara rasminya menarik diri dari jawatankuasa pro-tem itu, seorang wakil ACCIN telah terus sekali-sekala menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa pengemudian, sepanjang masa yang mana Draf Rang itu telah dihalusi, sehingga masa Persidangan itu. Saya akan, sungguhpun demikian, memberikan Dato’ Hj Mustapha Ma faedah kesangsian dan mengandaikan beliau tidak mempunyai maklumat sepenuhnya mengenai Suruhanjaya yang dicadangkan itu apabila beliau menandatangani memo itu.
Walaubagaimanapun, beliau pastinya mengetahui bahawa beliau tersilap untuk menyatakan bahawa IFC adalah suatu usaha hanya oleh orang-orang bukan Islam sahaja. SIS, yang pada mulanya menarik diri seketika sebelum bengkel itu, kembali semula dan banyak memberi sumbangan untuk menjayakan Persidangan itu. Forum Iqra telah berganding usaha melalui bengkel itu dan Persidangan dan terdapat individu-individu Islam yang terlibat secara aktif dalam usaha itu. Tuntutannya adalah dengan itu samada suatu percubaan yang tidak jujur untuk menggambarkan usaha IFC sebagai agenda untuk menentang Islam oleh pihak bukan Islam, atau ACCIN dan Dato’ Hj Mustapha telah melakukan suatu dosa yang lebih mendukakan dengan melabelkan ahli-ahli SIS dan Forum Iqra, dan individu-individu seperti Malik Imtiaz dan diri saya, sebagai bukan Islam.

Pengkritikan ACCIN mengenai Lapuran MCCBCHS
Yang lebih menarik, seperti yang diperihalkan dalam poin ix) diatas, ACCIN bersetuju bahawa isu yang ditimbulkan semasa daya usaha IFC berkenaan dengan pemeluk-pemeluk Islam yang ingin kembali ke percayaan asal mereka selepas perkahwinan mereka dengan pasangan Islam telah berakhir, adalah, dengan sendirinya, munasabah. Saya akan menangani konsesi ini sekali lagi di Kertas Kedua.
Buat masa sekarang, pertimbangkan konsesi ini menurut konteks pengutukan oleh ACCIN secara terbuka terhadap Lapuran MCCBCHS adalah semata-matanya merupakan "suatu percubaan yang kasar, biadab dan tidak sensitif untuk bercampurtangan dengan cara hidup orang-orang Islam dan pengajaran Islam" dan 'bahawa tiada satu pun perkara-perkara yang ditimbulkan dalamnya menyentuh hal orang-orang bukan Islam". Seksyen ini akan menunjukkan bagaimana perkara-perkara yang ditimbulkan dalam Lapuran itu telah menjejaskan pihak-pihak bukan Islam dan telah melanggar hak-hak mereka.
Sila menumpukan beberapa minit untuk mengkaji semula Lapuran MCCBCHS itu. Dengan tidak mengira surat iringannya, Lapuran itu mengandungi 7 mukasurat. Perkara-perkara yang dinyatakan didalamnya tertera di bawah 15 tajuk yang berlainan, tetapi terdapat tindihan dikalangan isu-isu yang dibangkitkan. Seksyen ini akan menunjukkan bagaimana perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Lapuran itu telah menjejaskan pihak-pihak bukan Islam dan telah melanggar hak-hak mereka.
Di bawah seksyen dua Lapuran MCCBCHS itu (Tidak boleh kembali ke agama yang asal), MCCBCHS telah merujuk kepada satu-satunya poin di mana ACCIN telah bersetuju adalah munasabah. Maka, ini adalah suatu poin permulaan yang berguna untuk memeriksa isu kandungan yang lain dalam Lapuran itu, memandangkan bahawa ACCIN tidak berpendapat isu ini, dengan sendirinya, adalah menyinggungkan.
Pihak-Pihak Bukan Islam Telah Terjejas: Kisah tentang Ramu
Izinkan saya mula dengan seorang rekaan bernama Ramu, yang beragama Hindu sejak kelahirannya dan yang tinggal di Kuala Lumpur. Ramu telah memeluk agama Islam selaras dengan undang-undang Syariah di Kuala Lumpur untuk berkahwin dengan seorang lagi rekaan semata-mata bernama Minah. Ramu telah tukar namanya dengan mengambil nama ‘Ramu bin Abdullah’ dan memaklumkan jabatan pendaftaran (kad pengenalan) supaya kad pengenalannya kini mempunyai nama barunya dan perkataan ‘Islam’ untuk menandakan ugama baru yang dianutinya.
Perkahwinan Ramu dengan Minah tidak kekal dan berakhir dalam suatu perceraian. Ramu kini memberitahu kami bahawa beliau tidak pernah hidup sebagai seorang Islam, bahkan sepanjang perkahwinan itu. Beliau tidak melaksanakan sembahyang menurut Islam, beliau tidak berpuasa di bulan Ramadan dan beliau tidak membayar zakat. Cara hidupnya tidak bertukar dari cara hidupnya sebelum penukaran ugama beliau. Beliau nyatakan bahawa sepanjang perkahwinan itu, beliau adalah seorang Islam dari segi gelaran sahaja. Jika kamu menanyanya mengapa beliau tidak cuba untuk hidup mengikut kepercayaannya yang baru dianuti olehnya, beliau mungkin akan menjawab,“Saya cinta Minah, bukan Islam”.
Dengan ringkasnya, hanya semata-mata dengan tujuan untuk berkahwin dengan Minah, Ramu terpaksa MENGANUTI agama Islam. Dan sepanjang perkahwinannya dengan Minah, beliau terus menunjukkan dirinya sebagai MENGANUTI agama Islam. Beliau mengakui, meskipun begitu, bahawa beliau tidak pernah mengamalkan rukun-rukun Islam.
Saya telah mempertekankan perkataan ‘MENGANUTI’ kerana ia adalah suatu perkataan yang penting yang perlu difahami untuk mencapai suatu persefahaman yang jelas dalam kisah rekaan “Ramu” dan jenis kes-kes kisah benar “Lina Joy”, “Kamariah Ali” dan “Daud Mamat”. Saya akan kembali kepada ini sebentar lagi. Izinkan saya menangani rayuan Ramu selepas itu.
Tafsiran mengenai Islam oleh FTA : Sesudah Memeluk Agama Islam, Sentiasa Merupakan Seorang Islam
Ramu kini ingin berkahwin dengan seorang bernama Letchumi yang juga adalah rekaan semata-mata, seorang yang beragama Hindu yang beliau mula-mula berjumpa di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam yang lalu. Beliau berunding dengan seorang paderi Hindu yang menasihatkannya untuk memberitahu pihak-pihak berkuasa ugama Islam di KL. Ramu pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Setelah mendengar kisahnya, Ustaz yang melayaninya memberitahu Ramu bahawa beliau masih seorang Islam selaras dengan tafsiran "Muslim" dalam seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan), 1993 ( FTA ).
Di bawah FTA itu, seseorang individu adalah seorang Islam jika salah satu dari enam maksud boleh dipakai. Ini adalah:
a) seseorang yang menganuti agama Islam;
b) seseorang yang mana salah seorang atau kedua-dua ibubapanya adalah, pada masa kelahiran individu itu, beragama Islam;
c) seseorang yang diasuh atas dasar bahawa beliau adalah seorang Islam;
d) seseorang yang telah memeluk agama Islam selaras dengan syarat-syarat seksyen 85;
e) seseorang yang biasanya dikatakan sebagai seorang Islam; atau
f) seseorang yang diperlihatkan telah menyatakan, dalam hal-hal keadaan dimana beliau terikat oleh undang-undang untuk
menyatakan kebenaran, bahawa beliau adalah seorang Islam, samada pernyataan itu adalah secara lisan atau bertulis.
Apa yang dimaksudkan ini ialah bahawa anda adalah seorang Islam walaupun anda tidak menganuti agama Islam (seperti yang dinyatakan di bahagian (a)), asalkan hal-hal keadaan faktual anda jatuh dalam lingkungan sekurang-kurangnya satu daripada lima maksud lain yang disenaraikan.
Maksud pertama dan keempat di atas dahulunya boleh dipakai dalam hal Ramu: beliau pernah menganuti agama Islam, dan telah memeluk Islam selaras dengan syarat-syarat seksyen 85. Kini, maksud pertama tidak lagi terpakai kepadanya memandangkan beliau telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak lagi menganuti agama Islam. Walaubagaimanapun, maksud keempat akan sentiasa terpakai kepadanya memandangkan beliau pernah memeluk agama Islam. Ini adalah suatu fakta sejarah yang tidak boleh ditukar olehnya. Akibat darinya, walaupun Ramu tidak lagi menganuti agama Islam, dan adalah dengan itu (sebenarnya) seorang bukan Islam, beliau adalah (dari segi undang-undang) masih dianggap sebagai seorang Muslim.
Perenggan 1.2 Lapuran MCCBCHS membangkitkan isu ini, yang adalah merupakan suatu aduan dari orang-orang bukan Islam yang terpaksa menyerah kepada undang-undang Syariah kerana undang-undang tidak mengendahkan apa yang mereka menganuti dan menganggap mereka sebagai orang-orang Islam.
Pengutukan ACCIN terhadap Lapuran MCCBCHS sebagai tidak membangkitkan perkara-perkara mengenai orang-orang bukan Islam adalah tidak dijustifikasikan langsung.
FTA adalah Tidak Berperlembagaan: Ianya Terpakai kepada Orang-Orang Bukan Islam
Seksyen 1 dalam Lapuran MCCBCHS menyatakan bahawa “Orang-orang bukan Islam sedang dianggap sebagai orang-orang Islam, bertentangan perlembagaan ”. Ini adalah kerana tafsiran “Muslim” dalam enakmen undang-undang Islam di kebanyakan negeri adalah terlalu luas dan melanggar apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 1, Senarai II, Jadual Ke-9 dalam Perlembagaan Persekutuan (“Senarai Negeri”) memperuntukkan bahawa Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang berhubung dengan “undang-undang Islam dan undang-undang peribadi dan keluarga”, tetapi hanya berkenaan dengan “orang-orang yang menganuti agama Islam”. Perhatikan kehadiran perkataan yang paling penting yang mana saya menarik perhatian anda pada awal tadi: “MENGANUTI”.
Walaubagaimanapun, seperti yang diterangkan diatas, Seksyen 2 dalam FTA mentafsirkan “Muslim” untuk menjangkau melebihi hanya “orang-orang yang menganuti agama Islam”. Dengan berbuat demikian, Parlimen telah meluaskan pemakaian FTA melebihi “orang-orang yang menganuti agama Islam”. Dengan kata yang lain, FTA juga terpakai kepada orang-orang yang tidak menganuti agama Islam, yang lebih lazimnya dirujuk sebagai orang-orang bukan Islam.
MCCBCHS adalah betul apabila menyatakan bahawa ini adalah bertentangan perlembagaan. FTA adalah bertentangan perlembagaan berkenaan dengan ini kerana skopnya melebihi apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
FTA adalah Tidak Berperlembagaan: Ia Melanggari Artikel 11
Tafsiran “Muslim” dalam FTA melanggari satu lagi peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah suatu perlanggaran yang begitu parah sehingga ianya merampas daripada sesiapa yang terjejas martabat yang Tuhan inginkan supaya setiap insan mempunyainya dan yang mana Perlembagaan Persekutuan melindungi. Saya bercakap tentang perlanggaran terhadap Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan beragama kepada setiap orang.
Artikel 11(1), menurut pandangan saya, merupakan hak yang paling asasi berbanding dengan semua hak-hak asas yang dijaminkan kepada kita. Tiga hak yang penting berhubung dengan agama telah dijamin dengan nyatanya kepada “setiap orang”: untuk menganuti agamanya, untuk mengamalkan agamanya dan untuk menyebarkan agamanya. Daripada ketiga-tiga hak ini, hanya hak untuk menganuti sesuatu agama adalah tidak bersyarat; dua hak yang lain adalah terhad. Artikel 11(4) memperuntukkan bahawa hak untuk menyebarkan sesuatu agama kepada orang-orang yang menganuti agama Islam boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri atau persekutuan. Artikel 11(5) menghadkan hak untuk mengamalkan sesuatu agama dengan melarang tindakan-tindakan “yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan keamanan awam, kesihatan awam atau moraliti”. Sekatan ini telah disahkan oleh Mahkamah Agung dalam kes Halimatusaadiah.
Suatu pemeriksaan Perlembagaan Persekutuan mendedahkan bahawa hak untuk menganuti sesuatu agama adalah satu-satunya hak tidak bersyarat yang terjamin. Setiap hak yang lain boleh, dalam hal-hal keadaan tertentu, disekatkan. Bukan begitu hak untuk menganuti agama. Sila ingatkan ini dan kini kembali kepada rayuan yang dibuat oleh si Ramu itu.
Hidup Ramu telah Dihalang oleh Birokrasi
Ramu menyatakan beliau tidak lagi menganuti agama Islam. Jika anda menanyanya, beliau akan menyatakan bahawa beliau kini menganuti agama Hindu. JAWI, walaubagaimanapun, menyatakan bahawa beliau masih seorang Islam, dengan tidak mengira apa yang menurutnya sendiri yang dianutinya. Kebanyakan daripada anda akan mencadangkan bahawa beliau tidak mengendahkan JAWI dan teruskan hidupnya. Beliau boleh berbuat demikian kecuali bahawa, dalam meneruskan hidupnya, beliau boleh berhadapan dengan dan terpaksa berurusan dengan birokrasi, tempat di mana masalahnya akan bermula.
Ingat kembali bahawa Ramu kini ingin berkahwin dengan Letchumi. Paderi Hindu yang diajak berunding olehnya menasihatkan bahawa beliau harus berunding dengan JAWI. JAWI pula menyatakan bahawa pendirian mereka adalah beliau masih seorang Islam. Nasihat anda adalah bahawa beliau cuma meneruskan dengan hidupnya. Dengan itu, dan atas nasihat peguam, Ramu kini mengangkat sumpah suatu akuan berkanun untuk membuktikan bahawa beliau tidak lagi menganuti agama Islam dan kini menganuti agama Hindu. Siap dengan dokumen yang sah ini, beliau kini pergi ke pejabat pendaftaran perkahwinan sivil untuk mendaftarkan perkahwinan yang diniatkannya dengan Letchumi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pegawai yang melayaninya melihat kad pengenalan Ramu dan memberitahunya bahawa pejabat pendaftaran tidak boleh mendaftarkan sebarang perkahwinan yang melibatkannya memandangkan kad pengenalannya menunjukkan bahawa beliau adalah seorang beragama Islam. Ramu menunjukkan surat akuan berkanunnya dan menerangkan mengapa kad pengenalannya menyatakan agamanya sebagai Islam. Pegawai itu bersimpati dengannya dan menasihatkan Ramu untuk menukar butir-butir dalam kad pengenalannya sebelum kembali ke pejabat pendaftaran itu.
Kesukaran Ramu untuk mendaftarkan suatu perkahwinan telah dirujuk sepintas lalu di perenggan 4.1 Lapuran MCCBCHS itu.
Dengan penuh harapan, Ramu kini menuju ke jabatan pendaftaran yang berdekatan. Beliau memohon untuk menukar namanya kepada nama asalnya sebelum beliau memeluk agama Islam dan untuk memotong “Islam” dari KPnya. Pegawai yang melayaninya memberitahu Ramu bahawa jabatan KP hanya boleh meluluskan permohonannya jika beliau mempunyai suatu surat dari JAWI atau perintah Mahkamah Syariah untuk mengesahkan bahawa beliau bukan lagi seorang Islam.
Pengalaman buruk yang dialami oleh Ramu di jabatan KP itu adalah dihuraikan di perenggan-perenggan 2.1 dan 3.1 Lapuran MCCBCHS itu.
Lihat Perkara 1, Senarai II, Jadual Ke-9 sekali lagi. Anda akan lihat bahawa Perlembagaan itu menetapkan bahawa mahkamah-mahkamah Syariah “mempunyai bidangkuasa hanya keatas orang-orang yang menganuti agama Islam". Ramu telah pun pergi ke JAWI jadi beliau tahu bahawa tidak mungkin suatu surat daripada mereka dapat diperolehi. Bolehkah beliau memohon kepada Mahkamah Syariah untuk suatu perintah yang mengesahkan bahawa beliau bukan lagi seorang Islam? Beliau hanya boleh hadir di hadapan Mahkamah Syariah jika beliau menganuti agama Islam. Beliau katakan bahawa beliau tidak lagi berbuat demikian.
Memandangkan Ramu mesti mendapatkan suatu surat daripada JAWI atau suatu perintah dari Mahkamah Syariah untuk mengesahkan bahawa beliau bukan lagi seorang Islam sebelum pihak-pihak berkuasa menerimanya sebagai seorang Hindu, beliau tidak mempunyai hak tidak bersyarat untuk menganuti agama pilihannya. Bukahkah perkara yang dimestikan ini membuatkan haknya untuk menganuti agama pilihannya tertakluk kepada syarat yang bertentangan dengan perlembagaan?
Adakah ACCIN masih ingin mempertahankan pendiriannya bahawa Lapuran MCCBCHS tidak membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal orang-orang bukan Islam?
Contoh-Contoh Lain Mengenai Orang-Orang Bukan Islam yang Terjejas
Perenggan 4.2.3 Lapuran MCCBCHS itu menghuraikan kes Priyathaseny, seorang wanita Melayu yang, dengan menggunakan haknya yang tidak bersyarat untuk menganuti agama pilihannya, telah menganut agama Hindu dan berkahwin dengan seorang yang beragama Hindu sejak lahir. Wanita itu oleh itu bukan lagi seorang yang menganuti agama Islam. Sungguhpun demikian, pihak-pihak berkuasa Syariah berurusan dengannya, seorang bukan Islam, dalam cara yang digambarkan dalam Lapuran MCCBCHS itu.
Bahagian B Lapuran MCCBCHS itu menangani beberapa isu-isu yang dihadapi oleh orang-orang bukan Islam, seperti kesukaran yang dihadapi apabila cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa untuk membina tempat beribadat, pengharaman yang bertentangan perlembagaan mengenai penggunaan oleh orang-orang bukan Islam mengenai beberapa perkataaan Arab tertentu yang secara biasanya berkaitan dengan Islam, larangan terhadap pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Melayu dan dalam Bahasa Indonesia dan ketiadaan pendidikan keagamaan bagi murid-murid bukan Islam di sekolah-sekolah.
Dengan segala kejujuran, haruslah dirakamkan di sini bahawa saya tidak semestinya bersetuju dengan setiap isu yang dibangkitkan dalam Lapuran MCCBCHS itu. Walaubagaimanapun, untuk mengutuk keseluruhan lapuran itu sebagai "suatu percubaan yang kasar, biadab dan tidak sensitif untuk bercampurtangan dengan cara hidup orang-orang Islam dan pengajaran Islam", seperti yang dilakukan oleh ACCIN, adalah tidak jujur dan tidak adil dan oleh yang demikian, tidak berunsurkan Islam.

Cukuplah pasal Lapuran MCCBCHS. Izinkan saya ke perkara lain..
Pengkritikan ACCIN mengenai daya usaha IFC
Dato’ Hj Mustapha Ma mengendoskan dakwaan-dakwaan ACCIN bahawa IFC yang dicadangkan itu:
i) telah diniatkan sebagai suatu "‘badan untuk merujuk keluhan";
ii) akan diberikuasa untuk menerima aduan-aduan daripada pengikut-pengikut dari mana-mana agama terhadap agama yang lain dan
membuat keputusan-keputusan, termasuk menukar pengajaran agama “yang menyinggungi” itu;
iii) akan diberikuasa untuk menguatkuasakan keputusan-keputusan menurut cara sebuah mahkamah undang-undang; dan
iv) akan mempunyai potensi untuk bercampurtangan dengan pengajaran mana-mana agama.
Biarkan saya nyatakan terlebih dahulu bahawa tiada sebarang kebenaran dalam mana-mana dakwaan ini. Bukankah Dato’ Hj. Mustapha Ma sedar mengenai yang berikut?:
i) Seperti yang diperhatikan pada awal tadi, Baharudeen Abu Bakar, wakil UIA, telah meminta, di salah satu mesyuarat permulaan jawatankuasa pro-tem IFC, samada Majlis yang dicadangkan itu akan mempunyai kuasa-kuasa pengadilan. Untuk menjawabnya, pengerusi telah menerangkan bahawa badan yang dicadangkan itu adalah diniatkan sebagai suatu badan penasihat yang akan membuat pengesyoran kepada kerajaan apabila perlu; dan
ii) Poin 3 dari perjanjian enam -poin yang dikeluarkan selepas bengkel itu pada bulan Mei 2003 memperuntukkan bahawa badan
statutori yang dicadangkan itu “akan menjadi suatu suatu badan yang bebas yang bersifat memberi nasihat dan perundingan. Bagi
tujuan penjelasan, badan itu tidak akan mempunyai sebarang fungsi-fungsi pengadilan”.
Jika Dato’ Hj Mustapha Ma tidak tahu tentang keyakinan yang diberikan kepada Baharudeen dan poin 3 daripada perjanjian enam poin itu, saya diarahkan untuk meminta Dato’ Hj Mustapha Ma, berkenaan dengan dakwaan-dakwaannya.

dan untuk mengingatkannya:

Dalam memo ACCIN, Dato’ Hj Mustapha Ma juga mendakwa bahawa IFC yang dicadangkan itu akan:
i) "merendah-rendahkan status Islam sebagai agama rasmi " Malaysia;
ii) "membuat cemuhan terhadap Agong dan Sultan-Sultan sebagai ketua-ketua pegawai agama Islam";
iii) “bercampurtangan dengan pentadbiran perkara-perkara yang menyentuh Islam”
iv) membangkitkan implikasi yang serius terhadap perpaduan masyarakat Islam, perhubungan Persekutuan-Negeri dan keupayaan pentadbiran Islam; dan
v) "mengancam secara serius perpaduan kaum dalam negara ini”.
Anda tidak akan menemui sebarang penjelasan dalam keseluruhan memo ACCIN untuk menjustifikasikan dakwaan-dakwaan yang bertujuan menipu ini. Ini adalah penegasan-penegasan yang tidak berasas, mengelisahkan yang diniatkan untuk salahmaklumkan dan dengan itu menghasut orang-orang Islam (yang tidak berusaha untuk menentusahkan sendiri fakta-fakta itu) untuk membantah IFC yang dicadangkan itu.

ACCIN dan Dato’ Hj Mustapha Ma juga inginkan kita percaya bahawa SUHAKAM telah pun menawarkan suatu tempat untuk sebarang keluhan hak manusia apabila hak seseorang untuk mengamalkan agama dilanggar.
Saya mengakui bahawa sebahagian ini dalam memo ACCIN yang saya dapati sungguh kelakar. “Kumpulan 29” telah membuat suatu aduan dengan SUHAKAM pada tahun 2000 bahawa hak-hak mereka di bawah Artikel 11 akan dilanggari jika Rang Undang-undang Pemulihan Aqidah menjadi undang-undang. Saya percaya Lee Min Choon, seorang yang beramal guaman, juga telah membuat suatu lapuran dengan SUHAKAM pada tahun yang sama berhubung dengan perlanggaran-perlanggaran kebebasan agama yang dijamin di bawah Perlembagaan itu, seperti juga MCCBCHS, orang Islam bermadzhab Shia dan juga pengikut Ayah Pin. Baru-baru ini, Pasukan Tindakan Hak-Hak Hindu (HINDRAF) telah berbuat begitu berkenaan dengan pemusnahan yang berleluasa kuil-kuil Hindu di Kuala Lumpur. Apa yang telah dilakukan oleh SUHAKAM? Langsung tiada apa-apa!
Salah seorang bekas Pesuruhjaya SUHAKAM memberitahu saya bahawa terdapat satu kaedah tidak bertulis yang terpakai di SUHAKAM: jangan menyentuh perkara-perkara berunsur agama! Bolehkah pengerusi SUHAKAM sekarang menyangkal ini? Jika boleh, sila beritahu kami apakah tindakan, jika ada, SUHAKAM telah ambil untuk menangani lapuran-lapuran yang diterima olehnya.
Jika tuntutan ini oleh ACCIN boleh ditertawakan, maka yang berikutnya, yang mana adalah tuntutan terakhir dari memo ACCIN yang saya sentuh, adalah, menurut pandangan saya, yang paling berdosa. Ini adalah tuduhan (yang hanya boleh didapati dalam versi Melayu memo itu) bahawa terdapat ahli-ahli Majlis Peguam yang mempunyai kebencian yang mendalam terhadap Islam.
Saya meminta ACCIN dan Dato’ Hj Mustapha Ma untuk menamakan sekarang ahli-ahli Majlis Peguam ini dan memalukan mereka. Jika kamu tidak boleh berbuat demikian, sila beritahu kami mengapa, walaupun kamu menganuti agama Islam, kamu tidak mematuhi Perintah Allah supaya jangan membuat tuduhan palsu?



Rujukan sebelum ini : Kedustaan ACCIN: Bengkel & Persidangan
Rujukan berikut: Kedustaan ACCIN: Selepas Persidangan
Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan