Kedustaan Tentang Artikel 11

 

B. Mengapa berdusta?: Suatu Ringkasan

Jadi mengapa berdusta?  Dan bagaimana dengan mengaitkan secara tidak jujur Artikel 11 dan forum-forumnya dengan usaha IFC boleh membantu tujuan mereka yang membantah Artikel 11 dan forum-forumnya?  Mengapa yang bertanggungjawab terhadap kedustaan itu membantah Artikel 11 dan forum-forum itu?  Saya akan menangani persoalan-persoalan ini secara terperinci kelak.  Buat masa ini, biar saya nyatakan disini secara ringkas disini mengapa, menurut pandangan saya, kedustaan ini telah dijadikan jalan keluar supaya, sebagaimana saya kemukakan fakta-fakta di bahagian utama kertas ini, anda boleh mempertimbangkan sendiri fakta-fakta itu dan mengadili samada kenyataan saya adalah betul dalam menghubungkan beberapa motif tertentu dengan pembangkang-pembangkang Artikel 11.

 

 

 

Dengan singkatnya, kedustaan itu telah dirancang supaya dapat melumpuhkan usaha-usaha masyarakat awam untuk menimbulkan kesedaran tentang proses “Pengislaman” yang sedang dijalankan dalam negara.  Kedustaan itu sedang disebarkan oleh segelintir masyarakat yang bertujuan untuk memperlanjutkan proses “Pengislaman” ini dan yang memandang aktiviti-aktiviti Artikel 11 sebagai suatu ancaman kepada agenda mereka.  Memperkaitkan Artikel 11 dengan IFC adalah strategi mereka untuk mematahkan usaha terbaru ini yang disasarkan untuk menyoal proses “Pengislaman” itu.  Biarkan saya terangkan.

 

 

 

Sekian lama, sebilangan orang yang meneruskan dengan suatu proses “Pengislaman” dalam negara ini mempunyai suatu “cek kosong” untuk berbuat demikian.  Undang-undang yang telah digubal, yang dijangkakan untuk kelanjutan proses ini, jarang diteliti dalam perhimpunan-perhimpunan perundangan.  Ahli majlis undangan bukan Islam telah dijauhkan daripada undang-undang yang dicadangkan ini, dengan memikirkan ini adalah isu-isu dalaman bagi orang-orang Islam.  Ahli majlis undangan beragama Islam, yang takut dikecam sebagai anti-Islam jika mereka mencabar kesesuaian undang-undang yang dicadangkan itu menurut konteks berbilang bangsa, berbilang agama, perlembagaan –jalan kehidupan tertinggi, menawarkan sedikit debat sahaja.  Ahli-ahli masyarakat awam yang bukan Islam yang bernekad untuk menyoal undang-undang dan polisi-polisi, yang dirumuskan atas nama Islam, yang meninggalkan kesan keatas masyarakat bukan Islam telah diberitahu bahawa mereka tidak patut bercampurtangan dalam hal-ehwal dalaman bagi orang-orang Islam.

 

 

 

Pada suatu ketika, ini mula berubah.  Bila, secara tepatnya, saya tidak dapat nyatakan.  Sudah tentu menjelang 2000 atau sekitar itu, bahkan orang-orang Islam mula menyoal dan mencabar proses “Pengislaman” ini.  Orang-orang Islam ini kemudian telah bersatu dengan orang-orang bukan Islam yang mula merasa bimbang, sebagai suatu masyarakat awam yang menentang pembahagian bangsa dan agama, dan mula menimbulkan soalan-soalan tentang haluan di mana proses “Pengislaman” itu membawa negara ini.

 

 

 

Usaha IFC adalah, dari satu segi, bukti pertama yang kukuh mengenai perpaduan masyarakat awam. Ini adalah suatu ikhtiar oleh orang-orang Islam dan bukan Islam yang melihat betapa manfaatnya menubuhkan suatu badan statutori untuk menangani masalah-masalah dari segi keagamaan di negara ini. 

 

 

 

Anda akan lihat kelak bagaimana golongan orang-orang Islam tertentu, yang bimbang tentang daya usaha IFC, secara palsu tetapi dengan berkesannya mengutuknya sebagai suatu serangan terhadap Islam.  Rancangan mereka untuk menghentikan daya usaha IFC adalah mudah: supaya orang-orang Islam dihasut untuk mempercayai bahawa daya usaha IFC sebenarnya adalah suatu serangan terhadap Islam dan kerajaan terpaksa menamatkannya. Jawatankuasa Pengemudian daya usaha IFC, melalui Malik Imtiaz, telah mengeluarkan suatu  kenyataan untuk menyangkal dakwaan-dakwaan itu. Yang menyesalkan, Majlis Perunding Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu & Sikh (MCCBCHS) dan Presidennya pada masa itu, Harcharan Singh, yang menjadi sasaran utama kedustaan yang diedarkan dengan mempotretkan IFC sebagai anti-Islam, berasaskan alasan-alasan yang hanya diketahui oleh mereka, tidak pernah membalas secara umum untuk menyangkal kedustaan itu, meskipun rayuan-rayuan dari beberapa pihak untuk berbuat demikian. Akibatnya, kedustaan itu terbukti berkesan. Pembangkang-pembangkang daya usaha IFC telah berjaya menimbulkan kebimbangan bahawa Islam sedang diserang oleh orang-orang bukan Islam. Kerajaan terpaksa menyerah kalah kepada tekanan yang diberikan dan usaha IFC telah dihentikan pada awal tahun 2005.

 

 

 

Forum-forum Artikel 11, menurut pandangan saya, mewakili usaha masyarakat sivil yang terkini untuk menarik perhatian kepada punca kebimbangan yang kian menambah berkenaan dengan haluan yang mana proses “Pengislaman” di Malaysia nampaknya sedang menuju.  Butir-butir pembentukan gabungan itu dan latarbelakang kepada forum-forum itu dinyatakan dibawah.  Dalam forum pertama yang diadakan di PJ pada bulan Mac 2006, suatu surat terbuka kepada kerajaan  telah dilancarkan.  Ianya mewakili semua yang mana gabungan itu dan ahli-ahli masyarakat sivil yang menyokong Artikel 11 merasa bimbang, menyokong dan mengharapkan:   

 

·          bahawa Malaysia tidak dijadikan sebuah negara teokratik;

 

·          bahawa kerajaan dan sistem kehakiman negara menyokong ketinggian kuasa Perlembagaan Persekutuan;

 

·          bahawa pemerintahan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan berasaskan keatas  nilai-nilai

           sejagat semua rakyat Malaysia; dan

 

·          bahawa kerajaan mengiktirafkan kedudukan yang wajar sistem kehakiman negara dalam lingkungan rangka

           Keperlembagaan, sebagai suatu anggota kerajaan yang bebas dan saksama.

 

 

Aspirasi-aspirasi ini adalah sebenarnya merupakan suatu rayuan oleh rakyat bahawa Perlembagaan Persekutuan dipertegakkan dan diberi kesan.

 

 

 

Sesiapa yang membantah gabungan Artikel 11 dan forum-forum itu adalah orang yang sama yang memihak proses “Pengislaman” itu.  Proses mereka memerlukan supaya Malaysia menjadi sebuah negara teokrasi, bahawa Syariah seperti yang diikhtiarkan oleh mereka, dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, akan memerintah sebagai undang-undang tertinggi dan bahawa Mahkamah-Mahkamah Syariah akan pada suatu hari menjadi pengadil undang-undang yang utama.

 

 

 

Skim mereka, namun demikian, menjangkakan bahawa proses ini akan dibuat secara beransur-ansur supaya tidak mencemaskan masyarakat awam: meletakkan perundangan Syariah untuk menggantikannya tetapi melaksanakan undang-undang itu sedikit demi sedikit; berunding, dan memperolehi kelulusan dari Majlis Fatwa Negara sebelum melaksanakan polisi-polisi kerajaan yang penting, seperti pengedaran alat suntik dan kondom secara percuma untuk menentang masalah Aids di negara itu; pembacaan ayat-ayat Qur’an melalui sistem siar raya tiap-tiap pagi di Palace of Justice, Putrajaya;  membuatkan tudung wajib bagi kakitangan berseragam kita dalam keadaan-keadaan tertentu; menyuruh pegawai-pegawai penguatkuasaan agama untuk memperlihatkan kekuatan mereka dari masa ke masa di tempat-tempat awam, termasuk premis perniagaan yang dimiliki oleh orang-orang bukan Islam; mengharamkan jualan ayat-ayat suci bukan Islam yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu; melarang penggunaan beberapa perkataan Arab oleh orang-orang bukan Islam; memberikan Mahkamah-Mahkamah Syariah suatu status yang lebih tinggi dari yang diperuntukkan dari segi undang-undang; memerlukan supaya rancangan-rancangan TV akur kepada adat dan kebiasaan “agama Islam”; menyakinkan orang-orang bukan Islam bahawa hudud tidak terpakai kepada mereka sehingga mereka melihat kebaikan yang terdapat padanya.  Senarai itu berterusan lagi.

 

 

 

Dan pada masa yang sama, asyik mengulang berkali-kali, “Malaysia adalah sebuah negara Islam”.   Strategi mereka adalah untuk membuatkan orang-orang berfikir bahawa ianya adalah suatu kesimpulan terdahulu bahawa kita tinggal di sebuah negara Islam, supaya pertarungan dari segi psikologi telah pun dimenangi. 

 

 

 

Sesiapa yang memihak kepada proses “Pengislaman” dan, yang dengan itu, membantah forum-forum Artikel 11, tidak dapat membantah secara terbuka aspirasi-aspirasi yang dirangkakan dalam surat terbuka Artikel 11 itu. Untuk berbuat demikian akan dengan serta-merta mendedahkan cita-cita mereka untuk memperkukuhkan, dalam jangka masa yang panjang, suatu teokrasi.   

 

 

 

Olehkerana mereka tidak boleh menyerang aspirasi-aspirasi yang ternyata itu secara langsung, mereka memilih untuk membantahnya secara tidak langsung.  Rancangan itu, sekali lagi, adalah mudah: mengelakkan dari menyentuh aspirasi-aspirasi yang ternyata itu, sebab ini akan menimbulkan suatu debat umum keatas proses “Pengislaman”.  Sebaliknya pula, menyebarkan kedustaan itu bahawa usaha Artikel 11 adalah suatu lanjutan daya usaha IFC.  Olehkerana daya usaha IFC telah secara palsunya tetapi dengan berkesannya telah dikutuk sebagai suatu kegiatan anti-Islam, cuma yang diperlukan adalah untuk menghasut orang-orang Islam sekali lagi untuk mempercayai bahawa usaha Artikel 11 adalah suatu lanjutan agenda “anti-Islam” IFC.  Memperkaitkan kedua-dua daya usaha dengan cara ini akan menyalakan semula pihak pembangkang anti-IFC dan menyalurkannya kearah Artikel 11, yang dengan itu sekali lagi memaksa kerajaan untuk mencelah supaya dapat membawa suatu lagi daya usaha masyarakat awam ke suatu penghujung.

 

 

 

Maka itu tertimbulnya kedustaan itu.

 

 

Izinkan saya untuk membawa anda kepada kebenaran. Saya akan:

i)      secara ringkasnya merangkakan hal-hal keadaan yang membawa kepada pembentukan gabungan Artikel 11

        itu;

ii)     memperihalkan peristiwa-peristiwa dan keadaan hal ehwal yang memotivasikan forum-forum Artikel 11 dan

        perkara-perkara yang ditimbulkan oleh beberapa orang speaker di forum-forum itu; dan

iii)    mendedahkan kedustaan tentang usaha IFC, yang disebarkan terutamanya oleh Allied Co-ordinating

        Committee of Islamic NGOs (ACCIN).

 

 

 

Kepada orang-orang Islam yang mempunyai kesempatan untuk mengadili samada apa yang saya tegaskan disini adalah benar, tolong ingat suruhan Tuhan untuk mempertegakkan keadilan dan kutukanNya terhadap orang-orang yang menolak kebenaran.

 

                                                              

                                                                    

 

 

 

                                                                     

                                                                              

                                                             

 

 

 

 

Rujukan sebelum ini :  Kedustaan Tentang Artikel 11 : Kedustaan Tentang Apa?

 

Rujukan berikut:   Pembentukan Artikel 11

 

Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan 

 

Kertas Sepenuhnya

 

Laman Utama