Kedustaan ACCIN
Mesyuarat-Mesyuarat Permulaan
Pada tahun 2001, Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia (HRC) Majlis Peguam telah memulakan pembentukan suatu jawatankuasa pro-tem untuk menyelidik samada perlunya bagi pembentukan suatu badan statutori yang akan digelar Majlis Antara –Agama. ‘Mesyuarat-mesyuarat permulaan’ yang dirujuk oleh Dr. Mazeni adalah merupakan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa pro-tem.
Saya tidak menyatakan mengenai apa yang berlaku di mesyuarat pro-tem pertama olehkerana saya tidak berada disitu.
Menjelang tarikh mesyuarat kedua yang diadakan pada 11hb Ogos, 2001, 7 pertubuhan telah dimasukkan. Ini adalah Majlis Peguam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), HAKAM, Sisters in Islam (SIS), Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF), MCCBCHS dan International Movement for a Just World (JUST).


Pada mesyuarat kedua itu, ianya juga telah diputuskan bahawa:
i) wakil-wakil dari beberapa pertubuhan yang menyertai akan mengemukakan lapuran-lapuran mengenai masalah-masalah yang bersifat keagamaan untuk dipertimbangkan di suatu bengkel kelak, untuk memastikan jika sememangnya perlu untuk suatu Majlis Antara Agama sedemikian;
ii) suatu jawatankuasa kerja dilantik untuk menyediakan suatu kertas kerja untuk bengkel yang dicadangkan itu.
Jawatankuasa kerja itu bertemu pada 23 Ogos 2001 dan telah merumuskan suatu draf program bagi bengkel yang dicadangkan itu. Jawatankuasa itu terdiri dari tujuh wakil: tiga dari Majlis Peguam, tiga dari ABIM dan satu dari SIS. Saya adalah salah seorang dari wakil-wakil Majlis Peguam.
Menjelang mesyuarat ketiga jawatankuasa pro-tem yang diadakan pada 13hb Oktober, 2001, empat lagi NGO telah ikut serta. Ini adalah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Jemaah Islam Malaysia (JIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Research & Information Centre of Islam ( RICOI ).
Di mesyuarat keempat yang diadakan pada 1hb Disember, 2001, tiga lagi pertubuhan telah ikut serta jawatankuasa itu: Brahma Kumaris Rajayoga Malaysia, Forum Iqra dan World Association of Muslim Youth (WAMY). Jawatankuasa itu kini mempunyai bilangan kesemuanya sebanyak 14 pertubuhan, 7 bukan Islam dan 7 Islam.
Kedua-dua MCCBCHS dan saya telah mengemukakan lapuran-lapuran keatas masalah-masalah dari segi keagamaan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa pro-tem itu dan untuk bakal rujukan di bengkel yang dicadangkan itu. Lapuran MCCBCHS berikutan itu menjadi asas utama bagi kedustaan yang dilakukan oleh ACCIN. Lapuran saya tidak pernah ditimbulkan oleh ACCIN dan rakan-rakan seperjuangannya dalam kritikan awam mereka mengenai usaha IFC. Saya akan kembali pada kedua-dua lapuran ini kelak.
Rujukan sebelum ini : Kedustaan ACCIN: Pandangan berasaskan dusta
Rujukan berikut: Kedustaan ACCIN: Bantahan oleh ACCIN & Rakan2
Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan