Kedustaan ACCIN
Selepas Persidangan
Pernyataan Sidang Akhbar ACCIN
Saya telah merujuk tadi kepada pernyataan sidang akhbar ACCIN yang dikeluarkan selepas Persidangan itu. Biar kita melihatnya sekali lagi.
Pada amnya, dakwaan-dakwaan dalam pernyataan sidang akhbar ACCIN terhadap daya usaha IFC adalah serupa dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam memo ACCIN itu : bahawa IFC telah diniatkan sebagai sebuah “badan anti-Islam yang dimulakan oleh orang-orang bukan Islam dari MCCBCHS” dan bahawa “niat ini telah terbukti” dalam Lapuran MCCBCHS itu.
Dalam menangani memo ACCIN itu, saya telah pun merujuk kepada kedustaan ini dan tidak akan mengulanginya.
Dalam pernyataan sidang akhbarnya, ACCIN menuntut bahawa Encik Harcharan Singh, Presiden MCCBCHS telah mengesahkan agenda anti-Islam ini dalam suatu temuduga yang disiarkan dalam akhbar Sun dalam bulan Januari, 2005. Saya akan kembali kepada ini apabila saya menangani salah satu daripada artikel-artikel yang disiarkan dalam laman web "Bantah IFC" yang mana juga membuat dakwaan yang sama.
Yang lebih menarik, ACCIN menuntut bahawa menjelang tiba Persidangan itu, daya usaha IFC telah menjadi “bertambah ramah” dan tujuan Persidangan itu pula berubah dengan hasrat baru untuk mengenali nilai-nilai murni supaya suatu Bangsa Malaysia yang beretika dan bermoral boleh dibangunkan.
Jika sememangnya daya usaha IFC telah menjadi begitu ramah, ACCIN mesti menerangkan mengapa, dalam hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan selepas Persidangan itu, runtuhan artikel-artikel yang penuh dengan kedustaan semata-mata telah disiarkan dalam laman web “Bantah IFC”. Mengapa risalah-risalah Bantah-IFC oleh ACCIN telah diedarkan secara meluas di masjid-masjid di seluruh negara? Mengapa bantahan-bantahan yang paling kukuh terhadap daya usaha IFC telah disampaikan kepada Perdana Menteri selepas Persidangan itu?
Suatu keadaan lebihan daya musnah atau cuma lari bertempiaran kerana takut?
Kedustaan Baharudeen
Biar saya beritahu terlebih dahulu mengenai satu lagi artikel yang disiarkan dalam Harakah pada tahun 2003. Ianya telah dikarya bersama oleh Adam dan Baharudeen dan berkaitan dengan usaha IFC. Disitu mereka menyebut tentang penglibatan saya dalam usaha IFC yang mana saya berpendapat adalah merupakan terma-terma yang tidak benar dan berunsur fitnah. Atas arahan saya, peguamcara mengeluarkan notis-notis kepada kedua-dua Adam dan Baharudeen menuntut supaya mereka meminta maaf, jika gagal tindakan libel akan dimulakan. Kedua-dua mereka menulis terus kepada saya, menggesa supaya saya tidak pergi ke mahkamah, dengan menyatakan bahawa saya juga telah membuat pernyataan-pernyataan umum berkenaan dengan daya usaha IFC dan bahawa saya patut membenarkan perbincangan awam ini diteruskan. Mereka mencadangkan bahawa saya boleh sebaliknya menjawab kepada artikel mereka melalui media. Amat dikesali sekarang, dengan tidak berpandu kepada nasihat peguam, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan perkara itu selanjutnya pada masa itu.
Dalam kertas ini, saya akan melakukan apa yang saya sepatutnya telah lakukan pada masa itu. Saya akan mendedahkan timbunan kedustaan yang Baharudeen telah tempatkan di laman web “Bantah IFC” melalui artikel-artikelnya yang menipu itu. Adam, melalui penerimaannya secara membisu penyiaran artikel-artikel yang tidak ikhlas itu, telah salahlaku dengan sekutunya pendustaan itu.
Izinkan saya sekarang untuk menyatakan ini kepada Baharudeen dan Adam. Jangan bersusah-susah mengeluarkan notis menuntut suapaya saya memohon maaf. Failkan saman jika kamu berdua berani. Saya bersedia untuk membela pernyataan saya disini bahawa Baharudeen adalah seorang penipu dan bahawa Adam telah salahlaku dengan sekutunya pendustaan itu.
Saya tidak akan meneliti setiap dan semua artikel yang menipu yang terdapat di laman web “Bantah IFC” oleh kerana ia kebanyakannya ulangan kedustaan yang sama. Saya akan menumpukan keatas satu artikel, yang ditulis oleh Baharudeen.
Untuk menunjukkan bahawa tuntutan-tuntutan yang dibuat olehnya dalam artikel itu adalah tidak berasas, mari kita terlebih dahulu meneliti beberapa petikan dari Rang Undang-Undang IFC .
i) Dalam tajuk yang panjang itu, matlamat Suruhanjaya itu adalah dinyatakan sebagai “pemeliharaan perlindungan dan penggalakan perpaduan kaum”.
ii) Poin keempat dalam mukadimah menerangkan bahawa IFC akan menjadi “suatu badan statutori yang bebas yang bersifat penasihat, perunding dan pendamai untuk mempertingkatkan, melindungi dan menggalakkan keharmonian yang berterusan dan perpaduan negara”.
iii) Seksyen 2 (“Tafsiran”) mentafsirkan “perlanggaran perpaduan kaum” termasuk “sebarang tindakan atau pengeluaran yang mana mempunyai akibat pembatalan atau melumpuhkan pengiktirafan, kenikmatan atau penggunaan oleh sesiapa pun atau golongan masyarakat mengenai kebebasannya atau mereka untuk berfikir, bersuara, agama atau kepercayaan seperti yang ditetapkan oleh prinsip antarabangsa”, dan menyenaraikan prinsip antarabangsa yang boleh dipakai.
iv) Seksyen 4(1) menyenaraikan 11 fungsi yang berasingan tetapi yang berkaitan mengenai Suruhanjaya itu. Fungsi-fungsi yang berikut patut diperhatikan dengan khususnya:
“a) mempertingkatkan, menggalakkan dan melindungi kebebasan setiap individu untuk berfikir, bersuara dan keagamaan”;
· “f) menguruskan dan menyelesaikan secara aman damai konflik-konflik yang terhasil melalui perselisihan agama dan etnik dan untuk menyingkirkan punca segala keganasan yag dilakukan atas nama agama dan kepercayaan”;
“j) menyiasat tentang aduan-aduan berkenaan dengan perlanggaran keharmonian kaum”; dan
“k) menggalakkan pendamaian dan menyelesaikan ketegangan diantara orang-orang atau kumpulan-kumpulan orang yang mempunyai sebarang perselisihan atau pertikaian yang menjejaskan atau menyentuh keharmonian kaum”.
v) Seksyen 4(2) dengan tegasnya memperuntukkan bahawa Suruhanjaya itu “akan pada segala masanya melaksanakan secara bebas fungsi-fungsinya sebagai sebuah badan penasihat, perunding dan pendamai”.
vi) Seksyen 5(1)(h) memberi kuasa kepada Suruhanjaya itu untuk mengadakan siasatan-siasatan keatas isu-isu yang menyentuh keharmonian kaum manakala seksyen 5(1)(i) memberikuasa kepadanya untuk memutuskan sebarang pertikaian melalui “perantaraan, rundingan atau pendamaian”.
vii) Seksyen 6(2) memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya-Pesuruhjaya perlu melaksanakan tugas-tugas mereka “dengan niat suci tanpa perasaan takut, memihak, berat sebelah atau prejudis” dan untuk “bertindak secara saksama dan bebas tanpa mengambil kira perkaitan peribadi untuk meningkatkan keharmonian kaum”.
viii) Bagi tujuan suatu siasatan, Seksyen 16(3)(d) memberikuasa kepada Suruhanjaya untuk “menyarankan sesiapa yang tinggal di Malaysia untuk menghadiri sebarang mesyuarat Suruhanjaya itu untuk memberikan keterangan atau mengemukakan sebarang dokumen atau benda-benda lain dalam milikannya”.
ix) Selaras dengan seksyen 19(3), “semua anggota Negeri akan menghormati penemuan-penemuan dan pengesyoaran-pengesyoran yang dibuat oleh Suruhanjaya itu”.
Jika suatu aduan dibuat dengan mendakwa suatu perlanggaran keharmonian kaum, fungsi Suruhanjaya yang dijangkakan adalah untuk menyiasat aduan itu. Kuasa penuhnya di bawah Seksyen 16 akan memainkan peranannya. Jika siasatan itu tidak menunjukkan sebarang perlanggaran keharmonian kaum, maka Suruhanjaya itu “akan merekodkan bahawa penemuan itu dan akan dengan serta-merta memberitahu orang yang membuat aduan itu”(Seksyen 19(1)). Di mana, sekiranya, siasatan itu mendedahkan perlanggaran itu, maka Suruhanjaya itu “akan mempunyai kuasa untuk merujuk perkara itu, di mana wajar, kepada pihak berkuasa atau orang yang relevan dengan pengesyoran yang perlu bagi tindakan oleh pihak berkuasa atau orang itu” (Seksyen 19(2)).
Seperti yang diperhatikan tadi, Baharudeen adalah privi kepada Rang Undang-Undang IFC itu bahkan sebelum Persidangan itu. Suatu artikel Malaysiakini bertarikh 8 Februari 2005 bertajuk ‘Muslim groups oppose inter-faith commission’ melapurkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa dia telah mengkaji sesalinan Draf Rang itu tetapi tidak diyakinkan dengan peruntukan bahawa badan itu tidak akan mempunyai kuasa-kuasa pengadilan. Alasan-alasannya adalah disebutkan: “Suatu mekanisme untuk mengadili konflik-konflik diantara agama telah sentiasa berada dalam pemikiran pihak penyokong seperti yang boleh dilihat dalam memorandum MCCBCHS. Ini adalah mengapa saya akan menjangkakan mereka untuk menggunakan kelak lobi politik dan intelektual mereka untuk membuat pindaan apabila hal-hal tidak dijalankan menurut cara yang mana mereka hendak melakukannya.” ( Diterjemahkan ) Beliau kemudian dilaporkan telah menyatakan bahawa Draf Rang itu adalah suatu “versi yang telah diperlemahkan yang dipetik daripada memorandum terdahulu”.( Diterjemahkan )
Sila lihat Lapuran MCCBCHS itu. Sekarang lihat Rang Undang-Undang IFC itu sekali lagi. Tiada apa-apa asas untuk menyatakan bahawa dokumen kedua itu adalah suatu versi ‘yang telah diperlemahkan’ dan dipetik daripada dokumen pertama.
Draf Rang itu tidak membuat apa-apa peruntukan untuk sebarang 'mekanisme untuk mengadili konflik diantara agama'. Jadi Baharudeen cuba untuk memesongkan perhatian dari Draf Rang itu dengan mendakwa bahawa suatu 'mekanisme untuk mengadili konflik-konflik antara-agama telah sentiasa berada dalam pemikiran pihak penyokong seperti yang boleh dilihat dalam memorandum MCCBCHS. Walaubagaimanapun, Lapuran MCCBCHS itu tidak mengandungi apa-apa yang menyerupai ‘suatu mekanisme untuk mengadili konflik-konflik antara-agama!
Baharudeen, kamu adalah seorang pembohong.
Perhatikan sekarang pemerhatiannya yang amat penting itu: ‘…saya akan menjangkakan mereka akan menggunakan kelak lobi politik dan intelektual mereka untuk membuat pindaaan apabila hal-hal tidak dijalankan menurut cara yang mana mereka hendak melakukannya’. Dengan menyatakan ini, Baharudeen telah mengakui bahawa IFC tidak diniatkan untuk mempunyai kuasa-kuasa pengadilan, dan bahawa tanpa pindaan, Draf Rang itu tidak akan memberikan IFC yang dicadangkan itu kuasa-kuasa pengadilan.
Ini adalah dalam bulan Februari, 2005. Seketika selepas itu, dalam artikelnya di laman web “Bantah IFC” bertajuk‘The IFC Bill: An Anti-Islam Wish List’, Baharudeen menyanyikan suatu lagu yang lain. Beliau kini meratap " IFC, yang terdiri dari orang-orang bukan Islam dan Islam, akan menjadi suatu badan seperti mahkamah dengan kuasa-kuasa untuk membuat keputusan keatas hak-hak agama dan pengajaran Islam, dan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain adalah dijangkakan untuk mematuhi dengan pengumumannya " ( Diterjemahkan )
Baharudeen, tolong jangan memutar-mutar belit!
Dalam artikel yang sama, Baharudeen meluahkan semula kedustaan yang awal tadi: IFC adalah suatu usaha anti-Islam yang dipimpin oleh MCCBCHS; ia akan membenarkan percampurantangan dalam pengajaran Islam; ia juga akan bercampurtangan dengan pengaturan berperlembagaan yang wujud keatas pentadbiran perkara-perkara berunsur Islam. Saya telah pun menangani kedustaan ini.
Walaubagaimanapun, Baharudeen menimbulkan isu-isu baru dalam artikel itu, dengan menuntut bahawa:
i) Rang IFC memperkenalkan suatu konsep yang baru mengenai ‘keharmonian kaum’
ii) Pengimpotan kebiasaan antarabangsa oleh Rang IFC adalah untuk memastikan bahawa potensi Artikel 3 dalam Perlembagaan Persekutuan kekal tidak disedari, dan bahawa “Islam hanya mempunyai ‘penghormatan yang gersang, tandus, terdedah’ dengan merupakan agama Persekutuan dengan tiada prospek untuk dipenuhi dengan peruntukan” ( Diterjemahkan )
iii) Rang IFC "tidak membuat apa-apa perbezaan diantara Islam dan bukan Islam "( Diterjemahkan )
iv) Rang IFC tidak memperuntukkan "bahawa Pesuruhjaya akan mewakili agama-agama yang diamalkan dinegara ini".
( Diterjemahkan ) Sebaliknya, Pesuruhjaya yang diniatkan itu adalah neutral dan akan menumpukan keatas "kebebasan atau isu-isu hak berbanding dengan keagamaan atau kepercayaan pada agama" ( Diterjemahkan )
v) Isu murtad "adalah suatu perkara bagi orang-orang Islam sahaja, yang akan diselesaikan selaras dengan Shariah melalui badan pentadbiran Islam yang sewajarnya " ( Diterjemahkan )
vi) "Kedudukan Islam dalam hal murtad telah jelas sejak lebih dari 1400 tahun ". ( Diterjemahkan )
vii) "Tiada apa-apa peruntukan yang mengecualikan perkara-perkara Islam, yang telah pun berada dalam lingkungan bidangkuasa badan-badan pentadbiran Islam, dari bidangkuasa IFC " ( Diterjemahkan ) ; dan
viii) " IFC bukan hanya suatu ‘badan dialog, seperti yang dituntut" ( Diterjemahkan )
Sekarang saya akan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Baharudeen.
IFC bukan hanya merupakan suatu ‘badan dialog’
Jawapan ringkas saya adalah bahawa pihak penyokong IFC tidak pernah menuntut bahawa IFC akan hanya merupakan suatu “badan dialog”.
Tiada apa-apa peruntukan yang mengecualikan perkara-perkara Islam, yang telah pun berada dalam lingkungan bidangkuasa badan-badan pentadbiran Islam, dari bidangkuasa IFC
Jika Baharudeen telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa pengemudian sepanjang masa yang mana Draf Rang telah diperbaiki atau Persidangan itu yang mana draf itu telah diperhaluskan lagi, beliau boleh menimbulkan ini dan memujuk kemasukannya. Sebaliknya, beliau dan pengikut-pengikutnya memilih untuk bersikap kekanak-kanakan, “menjauhkan diri”.
Kedudukan Islam dalam hal murtad telah jelas sejak lebih dari 1400 tahun
Malahan ayat dari Al-Qur’an yang dipetik oleh Baharudeen tidak menyokong pendirian yang diambil oleh beliau serta orang-orang yang sependirian dengannya berhubung dengan hal murtad daripada agama Islam. Penterjemahan oleh Abdullah Yusof Ali memberikan ekor penghujung ayat yang dipetik oleh Baharudeen seperti berikut: “on them (the apostates) is Wrath from God, and theirs will be a dreadful Penalty”.
Juga lihat :




Ya, Baharudeen, ayat-ayat ini telah kekal tidak berubah selama 1400 tahun. Ini adalah kedudukan dalam Islam melalui Surah-Surah dari Yang Maha Esa. Adakah kamu nyatakan sebaliknya? Apa, menghukum mati sesiapa yang murtad? Menahannya di pusat pemulihan aqidah? Bentuk suatu birokrasi yang ngeri supaya dia tidak diterima secara rasminya sebagai bukan Islam untuk selama-lamanya dan dengan itu tidak boleh meneruskan hidupnya?




Isu murtad adalah suatu perkara bagi orang-orang Islam sahaja, yang akan diselesaikan selaras dengan Shariah melalui badan pentadbiran Islam yang sewajarnya "
Saya Saya baru menjawab ini diatas. Perkara murtad adalah suatu perkara yang ditangani oleh Yang Maha Esa. Walaupun begitu, adalah penting untuk memperhatikan disini cara yang buruk di mana Baharudeen dan orang sepertinya telah menuturkan isu ini dan bagaimana suatu majoriti besar masyarakat awam yang jatuh dalam perangkap linguistik yang telah dipasangkan.
Baharudeen dengan sengajanya mengkategorikan orang-orang yang serupa dengan Lina Joy, Daud Mamat dan Kamariah Ali sebagai "Muslim murtad wannabe". Ini bermakna bahawa mereka belum lagi menjadi murtad, cuma berhasrat demikian, dan oleh itu masih merupakan orang-orang Islam dan masih tertakluk kepada undang-undang Syariah dan bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah.
Kami sering kali mendengar ratapan, oleh pihak-pihak yang bersimpati dengan rayuan Lina Joy, bahawa dia adalah seorang Islam yang telah dihalang daripada menggunakan hak perlembagaannya untuk menolak agama Islam. Faham apa yang saya maksudkan dengan jatuh kedalam perangkap linguistik? Kami menerimapakai bahasa yang sama seperti yang digunakan oleh Baharudeen apabila kami secara tidak betul menghuraikan kedudukan Lina Joy sekarang.
Kita patut berhenti mengesahkan pendirian yang diambil oleh Baharudeen. Lina Joy telah dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang yang beragama Islam. Beliau secara tegasnya telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak lagi menganuti agama Islam. Beliau telah mengemukakan bukti bahawa beliau kini menganuti agama Kristian. Saya tidak ragu-ragu lagi bahawa beliau telah yakin dengan kepercayaannya yang baru dan mengamalkannya dalam hidup hariannya.
Kini untuk berterusan merujuk beliau sebagai seorang ‘Muslim murtad wannabe’ adalah bak berdusta. Saya telah pun menjangkakan ini daripada Baharudeen.
Satu-satunya huraian yang jujur mengenai hal keadaan Lina sekarang adalah bahawa beliau adalah seorang bekas penganut Islam yang kini menghadapi penganiayaan ditangan pihak-pihak berkuasa atas sebab penolakan Islam olehnya. Yang sama juga mesti dikatakan mengenai Daud Mamat dan Kamariah Ali.
Rang IFC tidak memperuntukkan bahawa Pesuruhjaya akan mewakili agama-agama yang diamalkan dinegara ini. Sebaliknya, Pesuruhjaya yang diniatkan itu adalah neutral dan akan menumpukan keatas kebebasan atau isu-isu hak berbanding dengan keagamaan atau kepercayaan pada agama
Memang betul. Ini adalah bukti yang paling jelas bahawa Draf Rang itu bukan anti-sebarang agama. Ianya berkenaan dengan hak seseorang individu dalam perkara kepercayaan dan suara hati.
Suatu Suruhanjaya yang terdiri dari golongan ulamak dari pelbagai agama, termasuk Islam, akan cuma mereplikakan keadaan yang ada sekarang, dengan MCCBCHS di suatu pihak, dan pihak-pihak berkuasa Islam di pihak yang lain. Sebarang keluhan yang berkaitan dengan tindakan-tindakan oleh pihak-pihak berkuasa Islam (perhatikan bahawa ianya adalah tindakan-tindakan oleh pegawai-pegawai keagamaan dan bukannya apa-apa aspek agama Islam yang merupakan perkara pokok aduan itu) yang dibangkitkan oleh MCCBCHS dengan pihak-pihak berkuasa Islam adalah dilabelkan “anti-Islam” dan oleh itu tidak terbuka kepada perbincangan seterusnya. Tidak percaya pada saya bahawa ini sedang berlaku? Tanyalah MCCBCHS.
Rang IFC tidak membuat apa-apa perbezaan diantara Islam dan bukan Islam
Tolong jangan mengarut! Sudah tentunya ianya tidak membuat suatu perbezaan sedemikian. Apa tujuannya, sedangkan kita semua adalah sebahagian dari rakyat Malaysia?
Pengimpotan kebiasaan antarabangsa oleh Rang IFC adalah untuk memastikan bahawa potensi Artikel 3 dalam Perlembagaan Persekutuan kekal tidak disedari, dan bahawa “Islam hanya mempunyai ‘penghormatan yang gersang, tandus, terdedah’ dengan merupakan agama Persekutuan dengan tiada prospek untuk dipenuhi dengan peruntukan”
Ah, akhirnya, Baharudeen, kamu telah tunjukkan tangan kamu! Kerisauan kamu adalah bahawa prinsip antarabangsa yang dirujuk dalam Rang Undang-Undang IFC , jika sememangnya mereka dianggap sebagai sebahagian dari undang-undang kita, akan menghalang cita-cita orang seperti kamu untuk "memenuhi " Artikel 3 supaya kamu boleh mencapai jenama Islam kamu. Adakah kamu fikir ianya tidak boleh diterima bahawa prinsip-prinsip itu yang memerlukan kamu dan saya untuk menghormati dan terima bahawa perkara kepercayaan dan iman pada Tuhan adalah perkara-perkara yang pada keseluruhannya diantara seorang individu dan Tuhan, dengan mengecualikan semua yang lain? Beritahu kami sekarang, prinsip antarabangsa yang mana menyinggung Surah Yang Maha Esa?
Saya akan kembali ke perkara mengenai cita-cita Baharudeen dan pengikut-pengikutnya dalam Kertas Kedua. (masih sedang disediakan)
Rang IFC memperkenalkan suatu konsep baru mengenai "keharmonian kaum"
Dalam artikelnya, Baharudeen menuntut bahawa Draf Rang IFC memperkenalkan suatu konsep baru mengenai “keharmonian kaum” dengan mendefinisikannya, secara ringkasnya, sebagai penggunaan “kebebasan berfikir, bersuara, keagamaan atau kepercayaan (tidak semestinya selaras dengan pengajaran mana-mana agama) tetapi ‘seperti yang ditetapkan oleh prinsip antarabangsa’ yang disenaraikan dalam rang itu”.
Tiada konsep baru mengenai “keharmonian kaum” diperkenalkan. Tafsiran Rang Undang-Undang IFC itu mengenai “perlanggaran keharmonian kaum” memang termasuk perkataan-perkataan “seperti yang ditetapkan oleh prinsip antarabangsa”, tetapi kelima-lima perkataan ini tidak menambahkan apa-apa kepada konsep “kebebasan berfikir, bersuara, keagamaan atau kepercayaan” yang telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Artikel 11(1) Perlembagaan itu dengan jelasnya menjamin kepada “setiap orang” hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya.
Dalam kes Suzie Teoh, Mahkamah Agung mengiktirafkan bahawa hak ini telah memberikan individu bukan Islam hak untuk menukar agamanya sejak kelahiran setelah menjangkau umur majoriti. Artikel 8(2), yang melarang diskriminasi atas alasan-alasan keagamaan, semestinya bermaksud bahawa seseorang Islam yang mencapai umur majoriti juga mesti mempunyai hak ini. Joshua Jamaluddin telah menguatkuasakan hak ini. Tiada seorang pun yang menyoal hak ini pada masa itu. Apa yang telah berubah sejak itu? Bukannya undang-undang.
Konsep keharmonian kaum yang terkandung dalam Rang Undang-Undang IFC itu, yang menjangkakan suatu penggunaan yang tidak diperlemahkan oleh “setiap orang” mengenai kebebasan berfikir, bersuara, keagamaan atau kepercayaan, telah lama berkubu dalam Perlembagaan Persekutuan. “Prinsip antarabangsa” itu tidak menambah apa-apa pun.
P. Percubaan untuk Meluruskan Rekod
Seperti yang saya sebutkan tadi, MCCBCHS ataupun Encik Harcharan tidak membuat sebarang percubaan untuk menyangkal kedustaan yang dilemparkan oleh ACCIN.
Malik Imtiaz telah berbuat demikian. Sebagai pengerusi bagi daya usaha jawatankuasa pengemudian IFC, beliau telah mengeluarkan suatu pernyataan, Setting the record straight on the interfaith commission. Sila baca ini dan kemudian lihat kepada jawapan Baharudeen bertajuk
"Setting the Record Straight yet again on Interfaith Commission".
Dengan menaksirkan penegasan-penegasan yang bersaingan dalam kedua-dua dokumen ini, saya meminta supaya anda:
i) mengingati semula Baharudeen dan rakan-rakannya memilih untuk menarik diri keluar dari daya usaha IFC pada peringkat awal lagi dan tidak mengambil bahagian dalam proses membaiki Draf Rang dalam kes yang mana syarat-syarat yang mana mereka kini bangkitkan boleh dibangkitkan pada masa itu; dan
ii) rujuk bersilang penegasan-penegasan ini dengan perjanjian enam-poin itu, Kenyataan Pleno itu dan Rang Undang-Undang IFC itu.
Rujukan sebelum ini : Kedustaan ACCIN: Selepas Bengkel & Sebelum Persidangan
Rujukan berikut: Kedustaan ACCIN: Mengapa Berdusta : Suatu Kesimpulan
Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan