Membongkar Kedustaan Tentang Artikel 11
Kedustaan oleh BADAI, PAS & Teras

Wayang Kulit

Jika anda telah membaca Lapuran Pelapor sepenuhnya, anda akan memperhatikan bahawa dalam semua yang lebih dari 20 mukasurat itu, daya usaha IFC hanya disebut sekali sahaja. Malik Imtiaz telah membuat rujukan itu apabila beliau menyebut tentang lapuran media mengenai daya usaha IFC sebagai suatu contoh lapuran yang berat sebelah oleh media Melayu keatas beberapa isu tertentu.
Di mukasurat 17, di perenggan terakhir kedua, beliau kononnya menyatakan:
‘Misalannya, semasa perbincangan Majlis Antara Agama yang dicadangkan itu, akhbar Melayu menyatakan bahawa majlis itu adalah anti-Islam, anti-Perlembagaan, bahawa ia akan menekan suatu agenda murtad, tetapi rang itu tidak menyatakan sebegitu sama sekali.’ ( Diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris )
Keseluruhan Lapuran Pelapur terdiri dari 10,612 perkataan. Satu-satunya ayat yang menyentuh tentang daya usaha IFC yang terdiri dari 34 perkataan sahaja.
Sekarang sila meneliti gambar-gambar foto yang menunjukkan penunjuk perasaan di luar Hotel Cititel, Pulau Pinang pada 14hb Mei, 2006 dan Hotel Selesa, Johor Bahru pada 22hb Julai, 2006. Anda akan lihat bahawa kebanyakan dari sepanduk-sepanduk dan poster-poster yang dibawa oleh penunjuk-penunjuk perasaan itu mencaci maki daya usaha IFC.


Mohd Hafiz dari BADAI telah menegaskan bahawa agenda tersembunyi Artikel 1 adalah pembentukan IFC, dan bahawa BADAI tahu mengenai ini berdasarkan forum-forum sebelum ini yang diadakan di PJ dan Melaka. Namun di forum yang diadakan di PJ, hanya 36 perkataan dari lapuran yang mengandungi lebih 10,000+ itu membuat rujukan kepada IFC, dan itu pun hanya dalam konteks mengilustrasikan suatu aduan mengenai seberat sebelah dalam lapuran media. Ini sudah semestinya adalah suatu agenda yang tersembunyi yang dikawal dengan sebaik-baiknya sehingga hanya Mohd Hafiz tahu tentangnya!
Salahuddin dari PAS telah menyatakan bahawa forum-forum Artikel 11 adalah untuk memperlanjutkan daya usaha IFC. Macam mana suatu forum sedemikian boleh memperlanjutkan daya usaha IFC sedangkan tiada sebarang rujukan dibuat sepanjang forum itu kepada suatu daya usaha sedemikian?
Azmi dari Teras telah menegaskan bahawa gabungan itu telah dibentuk untuk memudahkan cara-cara lain untuk memperlanjutkan daya usaha IFC, memandangkan pendirian yang telah diambil oleh PM pada bulan Februari 2005 bahawa usaha IFC perlu ditunda untuk sementara waktu. Walaubagaimanapun, gabungan Artikel 11 telah mula muncul pada bulan Mei 2004, jauh lebih awal sebelum persidangan negara IFC pada 25 Februari 2005 atau pengumuman PM sejurus selepas itu. Penegasan Azmi tidak mungkin adalah benar!
Lapuran Harakahdaily pada 1hb Jun, 2006 yang dirujuk diatas telah melapurkan bahawa Teras, BADAI dan belia PAS Pulau Pinang kesemuanya telah terlibat dalam bantahan terhadap forum Artikel 11 di Pulau Pinang. Daripada sepanduk-sepanduk dan poster-poster, penunjuk-penunjuk perasaan yang terlibat bertanggapan bahawa kedua-dua forum Artikel 11 dan daya usaha IFC adalah satu dan sama. Siapa atau apakah yang memberikan mereka tanggapan ini dan mengapa?
Saya tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan “siapa” atau “apakah”, jadi anda mesti membuat kesimpulan anda sendiri dari keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Saya telah secara ringkas menjawab soalan "mengapa" pada awal tadi. Saya telah berjanji untuk memberikan suatu huraian terperinci mengenai alasan-alasan bagi kedustaan itu yang disasarkan kepada Artikel 11. Ini akan memerlukan penyelidikan terlebih dahulu keatas kedustaan yang dimulakan oleh ACCIN berkenaan dengan daya usaha IFC, kepada yang mana saya kini berpaling.
Rujukan sebelum ini : Kandungan Forum
Rujukan berikut: Kedustaan ACCIN: Pandangan berasaskan dusta
Kembali ke : Rujukan untuk bacaan pilihan