Galeri Kedustaan

 

Zulkifli Nordin menuntut bahawa melalui forum-forumnya, Artikel 11 telah menggesa bahawa kanak-kanak tidak sepatutnya mempunyai apa-apa agama sehingga mereka mencapai umur 18 tahun dimana selepas itu mereka bebas untuk menggunakan hak-hak mereka untuk memilih agama sendiri. Sila baca ini di:

http://www.4shared.com/file/3079113/54f8bcec

Zulkifli Nordin telah memberikan testimoni palsu.

 

 

Zainur Zakaria menuntut bahawa:

1. 'Mahkamah Agung pada tahun 1991 telah memutuskan dengan jelas dalam kes Dalip Kaur bahawa segala isu-isu  

   yang jatuh dalam lapangan agama Islam hanya boleh diputuskan oleh para-para hakim yang mempunyai kelayakan

   yang mencukupi...hakim berkenaan berpendapat bahawa hanya Mahakamah Syariah yang layak untuk memutuskan

   isu-isu tentang agama Islam'.

2. '...mereka cuba melalui IFC untuk menuntut hak menentukan samaada ajaran agama Islam itu betul atau tidak'

Baca ini di:

http://www.malaysia-today.net/videos/2006/07/perhimpunan-umat-forum-syariah-isu.htm   

Zainur Zakaria adalah seorang peguam yang terlalu banyak pengalamannya untuk melupakan bahawa beliau telah salahnyatakan pandangan seorang hakim dalam Dalip Kaur sebagai keputusan Mahkamah Agung. Bahawa pandangan seorang hakim itu bukan merupakan asas bagi keputusan majoriti Mahkamah Agung telah diperhatikan dalam kes Lim Chan Seng (lihat bahagian-bahagian yang ditandakan di mukasurat 236 dan 246 - 249 dari penghakiman yang dilapurkan itu) oleh hakim yang sama yang juga telah memutuskan kes Dalip Kaur pada kali yang pertama.

Tuntutan Zainur Zakaria tentang aspirasi pihak-pihak yang terlibat dalam daya usaha IFC adalah suatu dusta terang-terangan.