La'nat Tuhan Ke Atas Pendusta
1. Pengenalan
Saya telah terlibat secara mendalam dengan usaha untuk memperkukuhkan Interfaith Commission of Malaysia (IFC) dan juga siri forum-forum yang bertajuk “Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan untuk Semua” yang dimulakan oleh gabungan NGO yang dikenali sebagai Artikel 11.
Saya boleh dengan itu memberitahu anda dari pengetahuan diri saya sendiri bahawa tuntutan-tuntutan, oleh kumpulan-kumpulan seperti Badan Anti-IFC (BADAI), PAS dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bahawa forum-forum Artikel 11 adalah suatu percubaan secara diam-diam untuk memulihkan usaha IFC, adalah mengarut.
Matlamat kertas ini adalah dua kali ganda.
Pertamanya, untuk mengemukakan kebenaran dan untuk mendedahkan pendustaan yang telah dihalakan kepada gabungan Artikel 11 dan siri forum-forum tentang “Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan untuk Semua”.
Keduanya, dan lebih penting lagi, saya akan memberitahu anda mengapa pihak-pihak tertentu telah mengambil jalan dengan menyebarkan kedustaan untuk membantah gabungan and forum-forum mengenai Artikel 11 itu. Memandangkan kedustaan itu mengaitkan forum-forum Artikel 11 kepada ikhtiar IFC, saya juga akan mendedahkan dan menghilangkan prasangka tentang kedustaan mengenai ikhtiar IFC supaya dapat mengemukakan suatu gambaran yang lengkap. Adalah amat penting bahawa alasan-alasan bagi semua kedustaan ini didedahkan supaya anda akan faham apa yang sedang berlaku di negara kita.
Dengan berbuat demikian, mungkin adalah perlu untuk menerangkan mengapa saya terdorong untuk membantah proses “Pengislaman” yang mana beberapa individu dan kumpulan-kumpulan (yang kononnya bercakap untuk, dan mewakili, majoriti orang Islam di Malaysia) menganjurkan dan memohon supaya dilaksanakan. Ini telah diperihalkan dalam Kertas Kedua ( yang masih dalam pembuatan)
2. Kedustaan Tentang Artikel 11
A. Mendedahkan kedustaan itu
Pertimbangkan tiga kenyataan media berikut yang telah disebarkan secara meluas yang membekalkan contoh-contoh kedustaan itu.
Dalam suatu keluaran media bertarikh 16 Mei, 2006 yang dikeluarkan oleh BADAI, yang mengakui telah menerajui Demo Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin menyatakan:
“BADAI menyangkal dakwaan Haris Ibrahim bahawa penunjuk perasaan tersalah maklumat bahawa forum tersebut tidak kena mengena dengan IFC, sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan kami mengetahui perkara ini berdasarkan 2 forum yang telah dibuat sebelum ini di Petaling Jaya and Melaka … Perjuangan mereka … adalah bukti niat jahat mereka dan agenda terselindung mereka untuk menubuhkan IFC”.
Dalam artikel Harakah hariannya bertajuk “Agenda halus tubuhkan IFC berterusan” yang disiarkan pada 25 Mei 2006, Salahuddin Ayub [dari PAS] menggesa kerajaan untuk:
“mengambil tindakan ke atas Kumpulan Artikel 11 yang kini giat mempromosikan idea penubuhan IFC atas nama kebebasan agama”.
Beliau selanjutnya menyatakan yang berikut dari suatu memorandum yang dikeluarkan oleh DEWAN Pemuda PAS Pusat:
“DPP Pusat percaya Kumpulan ini menggunakan platform road show yang mereka sedang rancangkan di seluruh negara ini bagi meneruskan agenda dan misi mereka yang masih belum dapat dilaksanakan iaitu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Inter Faith Commission) yang sepatutnya ditolak oleh pihak Kerajaan tetapi malangnya hanya ditangguhkan perlaksanaannya sepertimana yang diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri sebelum ini.”
Dalam suatu lapuran Harakah harian pada 1hb Jun 2006 bertajuk “Hentikan kempen sentuh sensitiviti umat”, Azmi Abdul Hamid dari Teras, apabila ditanya jika gabungan Artikel 11 mempunyai kaitan dengan ikhtiar IFC, kononnya menjawab:
“Mereka yang mencadangkan penubuhan IFC. Apabila PM menyatakan IFC ditangguhkan mereka cuba cara yang lain. IFC sebenarnya tidak mati. Sebab itu timbul Artikel 11. Masih ada lagi kempen seperti ini yang akan dilancarkan.”
Tuntutan oleh Mohd Hafiz, Salahuddin dan Azmi, dalam suatu cara atau lain, bahawa gabungan Artikel 11 telah dibentuk untuk melanjutkan usaha untuk memperkukuhkan IFC dan/atau bahawa gabungan itu menggunakan forum-forumnya sebagai platfom untuk memperkukuhkan IFC. Mohd Hafiz telah menyangkal penjelasan yang diberikan oleh saya, yang diberikan kepada media selepas tergendalanya forum Pulau Pinang itu, bahawa forum-forum Artikel 11 tiada kena-mengena dengan usaha IFC itu.
Saya hadir di semua forum-forum Artikel 11. Saya juga telah terlibat secara langsung dalam perancangan dan organisasi mereka. Sebaliknya pula, sepanjang pengetahuan saya yang terbaik, tiada seorang pun dari tiga individu ini hadir di mana-mana forum itu.
Olehkerana saya juga banyak terlibat dengan usaha IFC itu, saya oleh itu boleh memberitahu anda dari pengetahuan diri saya sendiri bahawa tuntutan-tuntutan bahawa forum-forum Artikel 11 adalah suatu percubaan secara sulit untuk memperlanjutkan lagi usaha IFC adalah tidak benar sama sekali. Daya usaha kedua-dua IFC dan Artikel 11 adalah terbuka dan jelas, dan maklumat mengenainya boleh didapatkan secara umum dan pada bila-bila masa. Adalah oleh itu tidak masuk akal langsung bahawa ketiga-tiga individu ini benar-benar percaya bahawa apa yang mereka sebut tentang forum-forum Artikel 11 adalah benar.
Mohd Hafiz Nordin, Salahuddin Ayub dan Azmi Abdul Hamid telah memberikan testimoni palsu.


Kepada ketiga-tiga individu ini dan semua yang lain yang telah memburuk-burukkan gabungan dan forum-forum Artikel 11 dengan kedustaan, saya diarahkan untuk menanya:

Jika Mohd Hafiz, Salahuddin dan Azmi masih meneruskan kedustaan ini, saya dibimbing oleh Al-Qur’an untuk menanya:


B. Mengapa berdusta?: Suatu Ringkasan
Jadi mengapa berdusta? Dan bagaimana dengan mengaitkan secara tidak jujur Artikel 11 dan forum-forumnya dengan usaha IFC boleh membantu tujuan mereka yang membantah Artikel 11 dan forum-forumnya? Mengapa yang bertanggungjawab terhadap kedustaan itu membantah Artikel 11 dan forum-forum itu? Saya akan menangani persoalan-persoalan ini secara terperinci kelak. Buat masa ini, biar saya nyatakan disini secara ringkas disini mengapa, menurut pandangan saya, kedustaan ini telah dijadikan jalan keluar supaya, sebagaimana saya kemukakan fakta-fakta di bahagian utama kertas ini, anda boleh mempertimbangkan sendiri fakta-fakta itu dan mengadili samada kenyataan saya adalah betul dalam menghubungkan beberapa motif tertentu dengan pembangkang-pembangkang Artikel 11.
Dengan singkatnya, kedustaan itu telah dirancang supaya dapat melumpuhkan usaha-usaha masyarakat awam untuk menimbulkan kesedaran tentang proses “Pengislaman” yang sedang dijalankan dalam negara. Kedustaan itu sedang disebarkan oleh segelintir masyarakat yang bertujuan untuk memperlanjutkan proses “Pengislaman” ini dan yang memandang aktiviti-aktiviti Artikel 11 sebagai suatu ancaman kepada agenda mereka. Memperkaitkan Artikel 11 dengan IFC adalah strategi mereka untuk mematahkan usaha terbaru ini yang disasarkan untuk menyoal proses “Pengislaman” itu. Biarkan saya terangkan.
Sekian lama, sebilangan orang yang meneruskan dengan suatu proses “Pengislaman” dalam negara ini mempunyai suatu “cek kosong” untuk berbuat demikian. Undang-undang yang telah digubal, yang dijangkakan untuk kelanjutan proses ini, jarang diteliti dalam perhimpunan-perhimpunan perundangan. Ahli majlis undangan bukan Islam telah dijauhkan daripada undang-undang yang dicadangkan ini, dengan memikirkan ini adalah isu-isu dalaman bagi orang-orang Islam. Ahli majlis undangan beragama Islam, yang takut dikecam sebagai anti-Islam jika mereka mencabar kesesuaian undang-undang yang dicadangkan itu menurut konteks berbilang bangsa, berbilang agama, perlembagaan –jalan kehidupan tertinggi, menawarkan sedikit debat sahaja. Ahli-ahli masyarakat awam yang bukan Islam yang bernekad untuk menyoal undang-undang dan polisi-polisi, yang dirumuskan atas nama Islam, yang meninggalkan kesan keatas masyarakat bukan Islam telah diberitahu bahawa mereka tidak patut bercampurtangan dalam hal-ehwal dalaman bagi orang-orang Islam.
Pada suatu ketika, ini mula berubah. Bila, secara tepatnya, saya tidak dapat nyatakan. Sudah tentu menjelang 2000 atau sekitar itu, bahkan orang-orang Islam mula menyoal dan mencabar proses “Pengislaman” ini. Orang-orang Islam ini kemudian telah bersatu dengan orang-orang bukan Islam yang mula merasa bimbang, sebagai suatu masyarakat awam yang menentang pembahagian bangsa dan agama, dan mula menimbulkan soalan-soalan tentang haluan di mana proses “Pengislaman” itu membawa negara ini.
Usaha IFC adalah, dari satu segi, bukti pertama yang kukuh mengenai perpaduan masyarakat awam. Ini adalah suatu ikhtiar oleh orang-orang Islam dan bukan Islam yang melihat betapa manfaatnya menubuhkan suatu badan statutori untuk menangani masalah-masalah dari segi keagamaan di negara ini.
Anda akan lihat kelak bagaimana golongan orang-orang Islam tertentu, yang bimbang tentang daya usaha IFC, secara palsu tetapi dengan berkesannya mengutuknya sebagai suatu serangan terhadap Islam. Rancangan mereka untuk menghentikan daya usaha IFC adalah mudah: supaya orang-orang Islam dihasut untuk mempercayai bahawa daya usaha IFC sebenarnya adalah suatu serangan terhadap Islam dan kerajaan terpaksa menamatkannya. Jawatankuasa Pengemudian daya usaha IFC, melalui Malik Imtiaz, telah mengeluarkan suatu kenyataan untuk menyangkal dakwaan-dakwaan itu. Yang menyesalkan, Majlis Perunding Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu & Sikh (MCCBCHS) dan Presidennya pada masa itu, Harcharan Singh, yang menjadi sasaran utama kedustaan yang diedarkan dengan mempotretkan IFC sebagai anti-Islam, berasaskan alasan-alasan yang hanya diketahui oleh mereka, tidak pernah membalas secara umum untuk menyangkal kedustaan itu, meskipun rayuan-rayuan dari beberapa pihak untuk berbuat demikian. Akibatnya, kedustaan itu terbukti berkesan. Pembangkang-pembangkang daya usaha IFC telah berjaya menimbulkan kebimbangan bahawa Islam sedang diserang oleh orang-orang bukan Islam. Kerajaan terpaksa menyerah kalah kepada tekanan yang diberikan dan usaha IFC telah dihentikan pada awal tahun 2005.
Forum-forum Artikel 11, menurut pandangan saya, mewakili usaha masyarakat sivil yang terkini untuk menarik perhatian kepada punca kebimbangan yang kian menambah berkenaan dengan haluan yang mana proses “Pengislaman” di Malaysia nampaknya sedang menuju. Butir-butir pembentukan gabungan itu dan latarbelakang kepada forum-forum itu dinyatakan dibawah. Dalam forum pertama yang diadakan di PJ pada bulan Mac 2006, suatu surat terbuka kepada kerajaan telah dilancarkan. Ianya mewakili semua yang mana gabungan itu dan ahli-ahli masyarakat sivil yang menyokong Artikel 11 merasa bimbang, menyokong dan mengharapkan:
· bahawa Malaysia tidak dijadikan sebuah negara teokratik;
· bahawa kerajaan dan sistem kehakiman negara menyokong ketinggian kuasa Perlembagaan Persekutuan;
· bahawa pemerintahan adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan berasaskan keatas nilai-nilai
sejagat semua rakyat Malaysia; dan
· bahawa kerajaan mengiktirafkan kedudukan yang wajar sistem kehakiman negara dalam lingkungan rangka
Keperlembagaan, sebagai suatu anggota kerajaan yang bebas dan saksama.
Aspirasi-aspirasi
ini adalah sebenarnya merupakan suatu rayuan oleh rakyat bahawa Perlembagaan
Persekutuan dipertegakkan dan diberi kesan.
Sesiapa yang membantah gabungan Artikel 11 dan forum-forum itu adalah orang yang sama yang memihak proses “Pengislaman” itu. Proses mereka memerlukan supaya Malaysia menjadi sebuah negara teokrasi, bahawa Syariah seperti yang diikhtiarkan oleh mereka, dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, akan memerintah sebagai undang-undang tertinggi dan bahawa Mahkamah-Mahkamah Syariah akan pada suatu hari menjadi pengadil undang-undang yang utama.
Skim mereka, namun demikian, menjangkakan bahawa proses ini akan dibuat secara beransur-ansur supaya tidak mencemaskan masyarakat awam: meletakkan perundangan Syariah untuk menggantikannya tetapi melaksanakan undang-undang itu sedikit demi sedikit; berunding, dan memperolehi kelulusan dari Majlis Fatwa Negara sebelum melaksanakan polisi-polisi kerajaan yang penting, seperti pengedaran alat suntik dan kondom secara percuma untuk menentang masalah Aids di negara itu; pembacaan ayat-ayat Qur’an melalui sistem siar raya tiap-tiap pagi di Palace of Justice, Putrajaya; membuatkan tudung wajib bagi kakitangan berseragam kita dalam keadaan-keadaan tertentu; menyuruh pegawai-pegawai penguatkuasaan agama untuk memperlihatkan kekuatan mereka dari masa ke masa di tempat-tempat awam, termasuk premis perniagaan yang dimiliki oleh orang-orang bukan Islam; mengharamkan jualan ayat-ayat suci bukan Islam yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu; melarang penggunaan beberapa perkataan Arab oleh orang-orang bukan Islam; memberikan Mahkamah-Mahkamah Syariah suatu status yang lebih tinggi dari yang diperuntukkan dari segi undang-undang; memerlukan supaya rancangan-rancangan TV akur kepada adat dan kebiasaan “agama Islam”; menyakinkan orang-orang bukan Islam bahawa hudud tidak terpakai kepada mereka sehingga mereka melihat kebaikan yang terdapat padanya. Senarai itu berterusan lagi.
Dan pada masa yang sama, asyik mengulang berkali-kali, “Malaysia adalah sebuah negara Islam”. Strategi mereka adalah untuk membuatkan orang-orang berfikir bahawa ianya adalah suatu kesimpulan terdahulu bahawa kita tinggal di sebuah negara Islam, supaya pertarungan dari segi psikologi telah pun dimenangi.
Sesiapa yang memihak kepada proses “Pengislaman” dan, yang dengan itu, membantah forum-forum Artikel 11, tidak dapat membantah secara terbuka aspirasi-aspirasi yang dirangkakan dalam surat terbuka Artikel 11 itu. Untuk berbuat demikian akan dengan serta-merta mendedahkan cita-cita mereka untuk memperkukuhkan, dalam jangka masa yang panjang, suatu teokrasi.
Olehkerana mereka tidak boleh menyerang aspirasi-aspirasi yang ternyata itu secara langsung, mereka memilih untuk membantahnya secara tidak langsung. Rancangan itu, sekali lagi, adalah mudah: mengelakkan dari menyentuh aspirasi-aspirasi yang ternyata itu, sebab ini akan menimbulkan suatu debat umum keatas proses “Pengislaman”. Sebaliknya pula, menyebarkan kedustaan itu bahawa usaha Artikel 11 adalah suatu lanjutan daya usaha IFC. Olehkerana daya usaha IFC telah secara palsunya tetapi dengan berkesannya telah dikutuk sebagai suatu kegiatan anti-Islam, cuma yang diperlukan adalah untuk menghasut orang-orang Islam sekali lagi untuk mempercayai bahawa usaha Artikel 11 adalah suatu lanjutan agenda “anti-Islam” IFC. Memperkaitkan kedua-dua daya usaha dengan cara ini akan menyalakan semula pihak pembangkang anti-IFC dan menyalurkannya kearah Artikel 11, yang dengan itu sekali lagi memaksa kerajaan untuk mencelah supaya dapat membawa suatu lagi daya usaha masyarakat awam ke suatu penghujung.
Maka itu tertimbulnya kedustaan itu.
Izinkan saya untuk membawa anda kepada kebenaran. Saya akan:
i) secara ringkasnya merangkakan hal-hal keadaan yang membawa kepada pembentukan gabungan Artikel 11
itu;
ii) memperihalkan peristiwa-peristiwa dan keadaan hal ehwal yang memotivasikan forum-forum Artikel 11 dan
perkara-perkara yang ditimbulkan oleh beberapa orang speaker di forum-forum itu; dan
iii) mendedahkan kedustaan tentang usaha IFC, yang disebarkan terutamanya oleh Allied Co-ordinating
Committee of Islamic NGOs (ACCIN).
Kepada orang-orang Islam yang mempunyai kesempatan untuk mengadili samada apa yang saya tegaskan disini adalah benar, tolong ingat suruhan Tuhan untuk mempertegakkan keadilan dan kutukanNya terhadap orang-orang yang menolak kebenaran.



Pada bulan April 2004, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Shamala untuk suatu deklarasi bahawa pengislaman kedua-dua anaknya ke agama Islam oleh suaminya telah melanggar hak saksamanya, sebagai ibu mereka, untuk menentukan pengasuhan keagamaan mereka. Hakim Mahkamah Tinggi telah mengakuiterima bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk mendengar kes Shamala memandangkan beliau bukan merupakan seorang Islam. Sungguhpun demikian, hakim itu telah memutuskan bahawa, memandangkan anak-anak itu kini beragama Islam, Mahkamah Syariah adalah forum yang layak untuk menentukan status mereka. Keputusan itu mencerminkan kekaburan yang semakin menambah dalam persoalan-persoalan akses kepada keadilan dan mengenai bidangkuasa dalam perkara-perkara berhubung dengan agama Islam dan suatu kecenderungan yang semakin menambah oleh mahkamah-mahkamah sivil yang lebih tinggi untuk menunda ke Mahkamah-Mahkamah Syariah meskipun akibat-akibatnya.Ini mungkin diilustrasikan dengan paling baiknya melalui rujukan kepada nasihat yang ditawarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kepada Shamala bahkan semasa beliau menolak permohonannya:



Dalam bulan Julai 2004, Mahkamah Tinggi telah memberikan Shamala hak penjagaan (hari ke sehari) anak-anak itu dengan syarat bahawa beliau tidak harus mempengaruhi kepercayaan-kepercayaan keagamaan Islam mereka, misalannya dengan mendedahkan mereka kepada kepercayaan agama Hindunya.
Kes Shamala telah membawa pulang poin bahawa peranan keperlembagaan Mahkamah Tinggi sivil sebagai pelindung hak-hak warganegara biasa lantas menjadi khayalan sahaja. Implikasi mengenai kes ini telah menjadi pendorong yang menyatukan dengan menarik bersama sebilangan kecil NGO dan ahli-ahli masyarakat awam yang mula merasa bimbang dan, menjelang bulan Mei 2004, mewujudkan gabungan yang dikenali sebagai Artikel 11.
Pada bulan Jun, 2004, Artikel 11 menganjurkan suatu forum umum separuh hari di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran orang awam tentang pencabangan kes Shamala dan bagaimana ia melanggar hak-hak rakyat.
4. Forum-Forum Artikel 11 – Latarbelakang
a) Kes Moorthy – Isu Dikelirukan
Apabila Moorthy meninggal dunia pada lewat tahun 2005, balunya telah diberitahu bahawa, dengan tidak diketahui olehnya, Moorthy telah memeluk agama Islam dan, akibatnya, harus dikebumikan selaras dengan adat upacara orang-orang Islam. Balu Moorthy berpaling kepada Mahkamah Tinggi sivil, dengan memohon suatu perintah bahawa suaminya telah meninggal dunia sebagai seorang Hindu dan beliau dibenarkan untuk mengambil dan membakar mayatnya. Permohonannya tidak dibenarkan tanpa sebarang pertimbangan kehakiman terhadap keterangan yang telah beliau berikan. Sebabnya – Mahkamah Syariah telah, selepas mendengar Majlis Agama dan tanpa mendengar balu Moorthy, menentukan bahawa si mati adalah seorang Islam dan Mahkamah Tinggi sivil tiada bidangkuasa untuk menyemak keputusan itu.

Arwah Sarjen Moorthy Balu Sarjen Moorthy
Pertamanya, ianya mengalihkan perhatian dari isu sebenar yang timbul daripada kes Moorthy: penafian akses kepada keadilan bagi si balu itu. Seperti yang dijangkakan, orang-orang Islam bertindakbalas untuk membantah seruan untuk meminda Artikel 121(1A). Pandangan-pandangan yang membantah ini menimbulkan perasaan takut mengenai suatu konflik “Islam lawan bukan Islam” (Teras: Do not touch syariah jurisdiction) (Perkara 121: PM diminta jangan tunduk pada desakan). Malangnya, ini memudahkan orang-orang yang paling banyak mendapat manfaat jika penduduk Islam boleh dijadikan cemas dengan memikirkan bahawa Islam sedang diserang.
Keduanya, ia mengalihkan perhatian daripada keperluan untuk membetulkan:
· pindaan kepada Artikel 121(1)
· kesalahfahaman mengenai kesan Artikel 121(1A) ; dan
· kesalahfahaman mengenai status Mahkamah-Mahkamah Syariah.
Saya akan terangkan.
Jika isu sebenar dalam kes Moorthy adalah mengenai akses kepada keadilan dan tidak timbul dari terma-terma Artikel 121(1A), apakah punca masalah itu? Jawapannya, menurut pandangan saya, adalah pindaan kepada Artikel 121(1) dan bagaimana pindaan ini telah diertikan oleh hakim-hakim kita. Untuk memahami ini, ianya mungkin boleh membantu untuk memahami pada mulanya skop mengenai Artikel 121(1) yang asal sebelum dipinda, dalam konteks doktrin pengasingan kuasa keatas yang mana sistem kerajaan kita telah diasaskan.
Artikel 121(1) pada asalnya memperuntukkan bahawa ‘kuasa kehakiman Persekutuan’ diletakhak pada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Adalah penting untuk memahami bahawa ini bermaksud bahawa Mahkamah-Mahkamah Tinggi kita memperolehi kuasa kehakiman mereka daripada Perlembagaan itu dan tidak terikat kepada Eksekutif atau Parlimen. Begitu juga, peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan telah menganugerahkan kuasa-kuasa eksekutif dan perundangan Persekutuan keatas Eksekutif dan Parlimen masing-masing. Maka itu terdapatnya ‘pengasingan kuasa’. Tiga anggota kerajaan, iaitu, eksekutif, perundangan dan sistem kehakiman negara, saksama, bebas dan berasingan.


Ini berubah pada tahun 1988. Artikel 121(1) yang baru kini memperuntukkan bahawa Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo “mempunyai bidangkuasa dan kuasa-kuasa sedemikian yang akan dianugerahkan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan”. Bolehkah anda melihat perbezaannya? Dahulunya semua kuasa kehakiman persekutuan telah, melalui Perlembagaan, diletakhakkan pada Mahkamah-Mahkamah Tinggi. Sekarang, Mahkamah-Mahkamah Tinggi akan mempunyai bidangkuasa dan kuasa sedemikian seperti yang dianugerahkan oleh Parlimen. Dan sebagaimana yang kita semua tahu, Parlimen telah dikuasai oleh Eksekutif.
Adakah pindaan kepada Artikel 121(1) mempunyai kesan yang membatalkan kuasa-kuasa Mahkamah Tinggi yang telah dinikmati olehnya sebelum pindaan itu? Hakim Gopal Sri Ram tidak berpendapat begitu. Yang Arif telah memerhatikan dalam kes Sugumar bahawa walaupun pindaan kepada Artikel 121(1) telah memotong perkataan kuasa kehakiman Persekutuan, selaras dengan prinsip-prinsip terjemahan perlembagaan yang telah mantap, pemotongan itu tidak mempunyai kesan yang membatalkan kuasa kehakiman daripada Mahkamah-Mahkamah Tinggi.


Y.A. Hakim Gopal Sri Ram, HMR
Keriuhan untuk meminda Artikel 121(1A) memesong perhatian dari masalah yang sebenar: pindaan kepada Artikel 121(1) dan kesannya, sebenar atau yang dibayangkan, keatas status Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil sebagai suatu anggota kerajaan yang saksama, bebas dan berasingan.
Beberapa ahli kehakiman telah membuat suatu pembacaan terserong Artikel 121(1A), menterjemahkannya dengan mengecualikan Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil dari mendengar apa-apa perkara yang mana diertikan adalah menyentuh Islam. Beberapa hakim juga mempunyai anggapan yang tidak dapat dijustifikasikan secara sahnya bahawa Mahkamah-Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa yang samarata dengan Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil. Pengertian yang telah diputarbelitkan ini, berganding dengan masalah yang disebabkan oleh pindaan kepada Artikel 121(1) itu, telah membentang asas bagi ketidakadilan yang dilakukan dalam kes Moorthy. Hakim Mahkamah Tinggi memperhatikan bahawa Mahkamah Syariah telah, tanpa mendengar si balu itu, membuat suatu perintah bahawa Moorthy telah meninggal dunia sebagai seorang Islam. Walaubagaimanapun, beliau:
· tidak mengendahkan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Agung dalam Tan Sung Mooi bahawa bidangkuasa keatas suatu pertikaian yang melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam masih kekal dengan mahkamah-mahkamah sivil.
· memutuskan bahawa persoalan mengenai kepercayaan Moorthy pada masa kematiannya telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan mendapati dirinya tiada bidangkuasa untuk mengendalikan semakanan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah itu.
Bahasa yang digunakan dalam mengubalkan Artikel 121(1A) adalah biasa dan tidak mengancam. Pindaan itu tidak menambah apa-apa kepada bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah bahkan tidak mengambil keluar apa-apa dari bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil. Ia cuma menyatakan bahawa jika suatu perkara adalah lingkungan bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah, Mahkamah-Mahkamah Tinggi sivil tidak akan menggunakan bidangkuasa dalam perkara-perkara-perkara itu. Ia tidak mengubah status Mahkamah-Mahkamah Syariah sebagaimana kedudukannya sebelum tahun 1988. Jika Mahkamah Syariah adalah sebuah mahkamah bawahan sebelum pindaan perlembagaan pada tahun 1988, seperti mana yang saya percaya kedudukannya pada masa itu, tiada apa pun yang berubah dengan pindaan-pindaan itu. (Syariah courts are inferior to civil courts)
Syukurnya, terdapat sebilangan yang sedar bahawa masalah sebenar bukannya pada undang-undang bertulis tetapi pada kegagalan hakim-hakim untuk menjalankan tugas mereka untuk mentafsirkan dan menguatkuasakan undang-undang. Seorang menteri persekutuan ( Nazri tries to cool anger over Muslim burial dispute ), , seorang bekas Peguam Negara yang memegang jawatan apabila Artikel 121(1A) telah digubalkan ( Interpret constitution boldly, former AG tells judges ) dan kebanyakan dari masyarakat awam melihat apakah masalahnya. ( Courts should hear merits of Moorthy’s case ) ( Syariah Court should hear both sides )
Adalah merangsangkan untuk menerima pengesahan dari Perdana Menteri bahawa Artikel 121(1A) tidak akan dipinda atau dimansuhkan dan alasan-alasannya yang dinyatakan bahawa undang-undang berkenaan dengan bidangkuasa, seperti yang diisytiharkan dalam Artikel itu, adalah jelas. Walaubagaimanapun, punca sebenar yang membimbangkan adalah pandangan Perdana Menteri yang tersilap bahawa orang-orang bukan Islam boleh menyerahkan kepada bidangkuasa mahkamah-mahkamah Syariah. Sungguhpun begitu, Perdana Menteri telah memberikan alasan untuk harapan apabila beliau mengakui keperluan suatu perdebatan baik keatas isu-isu yang sukar ini, dengan membenarkan suatu perbincangan objektif dan tidak beremosi tanpa mengemparkan orang awam atau kepekaan perkauman (Article 121(1A) – No change). Galakan yang serupa juga terdapat pada keyakinan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mendengar pandangan dari semua pihak, mengkaji isu itu dan mencari suatu jalan penyelesaian yang memuaskan semua tanpa menjejaskan kedudukan Islam (Najib : Changes will not affect Syariah Court).
b) Kes Nyonya Tahir: Isu itu Dikusutkan lagi


Nyonya Tahir
Apabila beliau meninggal dunia, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memohon kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan terhadap status keagamaan Nyonya dan permintaan dari keluarganya untuk mengkebumikannya mengikut adat resam Buddha. Juga terdapat suatu permintaan daripada keluarganya: anak-anaknya memberikan afidavit-afidavit dan 8 dari 13 orang anak-anak Nyonya telah pergi ke Mahkamah Syariah dan meminta pihak-pihak berkuasa untuk membenarkan mereka mengkebumikannya sebagai seorang beragama Buddha. Mahkamah Syariah telah mengisytiharkannya sebagai bukan Islam dan beliau telah dikebumikan mengikut adat resam Buddha.
Sebilangan besar dari masyarakat awam merasa lega kerana ahli-ahli keluarga Nyonya Tahir tidak menghadapi trauma sama seperti saudara-mara Moorthy. Walaubagaimanapun, ramai yang bimbang bahawa pendekatan yang diterimapakai oleh Mahkamah Syariah, apabila membenarkan ahli-ahli keluarga Nyonya Tahir yang bukan Islam untuk memberikan keterangan melalui afidavit mengalihkan perhatian dari akibat perbicaraan yang paling tidak memuaskan untuk menentukan prosiding kepercayaan Nyonya Tahir di Mahkamah Syariah: ahli-ahli keluarganya tidak dapat hadir atau diperdengarkan sebagai suatu pihak dalam prosiding itu kerana peruntukan dalam Perkara 1, Senarai II, Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan itu dengan jelasnya menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada orang-orang yang menganuti agama Islam. Namun keputusan Nyonya Tahir kini sedang di desak sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang difahamkan terdedah melalui kes Moorthy.
Sebab selanjutnya untuk merasa bimbang adalah bahawa Perdana Menteri juga, terpengaruh di bawah kesalahfahaman bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak terhad hanya kepada orang-orang yang menganuti agama Islam.
c) Kamar Peguam Negara: Berperlembagaan atau Pejabat Syariah?
Walaupun Perdana Menteri mengesahkan bahawa Artikel 121(1A) tidak akan dimansuhkan atau dipinda, beliau memberitahu orang awam bahawa Peguam Negara akan berunding dengan beberapa pihak dan kemudian menasihatkan kabinet tentang sebarang perubahan yang akan dilakukan dari segi undang-undang (Article 121(1A) – No change ). Walaubagaimanapun, maklumat ini hampir tidak boleh dijangkakan untuk menenangkan kebimbangan masyarakat awam memandangkan bahawa laman web Kamar Peguam Negara juga telah bagi seketika mengumumkan suatu bahagian Syariah di mana matlamat ternyata adalah untuk mengendalikan suatu semakan semua undang-undang awam untuk memastikan pematuhannya dengan undang-undang Syariah.
Dengan diberikan pengesahan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 dalam Che Omar Che Soh bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bahawa undang-undang Syariah dipakai hanya dalam suatu lingkungan kecil dan hanya berkenaan dengan orang-orang yang menganuti agama Islam, seseorang akan menjangkakan Kamar Peguam Negara untuk memeriksa undang-undang Syariah untuk memastikan pematuhan dengan Perlembagaan Persekutuan! Berlandaskan perasaan tidak selesa yang dialami oleh sebilangan besar masyarakat awam, masyarakat Islam dan juga bukan Islam, pengumuman Perdana Menteri, jika diniatkan untuk menenangkan kebimbangan itu, telah gagal.
d) Tuntutan Negara Islam & Pengislaman: Tekanan Semakin Bertambah Keatas Masyarakat Awam
Negara Islam?


MP Jerai bukannya seorang diri dalam tuntutan ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Apabila SUHAKAM meminta penerangan berkenaan dengan tuntutan-tuntutan sedemikian, kerajaan persekutuan mengesahkan tuntutan itu, dengan menyatakan, sebagai salah satu alasan-alasannya, bahawa Malaysia telah dibentuk oleh orang-orang Islam! Pendirian kerajaan persekutuan keatas isu ini berselisihan dengan pendirian yang dinyatakan dalam lapuran Suruhanjaya Reid dan pengucapan yang dibuat oleh Mahkamah Agung dalam Che Omar Che Soh.
Kampung 'Kerajaan Langit' dimusnahkan

Kerajaan Langit pada 31hb Julai 2005 Kerajaan Langit selepas 31hb Julai 2005

yang menghentikan sebarang tindakan selanjutnya oleh Pejabat Tanah itu. Adalah pengetahuan umum bahawa penduduk kampung itu telah lama diawasi oleh pihak-pihak berkuasa agama Islam peringkat persekutuan dan negeri disebabkan oleh amalan-amalan sesat dan bahawa pihak-pihak berkuasa telah mengugut untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.
Kes Lina Joy
Dalam bulan September 2005, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan dari Lina Joy, seorang yang murtad dari agama Islam. Lina telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk perintah-perintah bahawa jabatan Kad Pengenalan memotong perkataan “Islam” daripada KPnya. Jabatan KP telah memaklumkan Lina bahawa permohonannya hanya akan dibenarkan jika beliau boleh mengemukakan suatu perintah dari Mahkamah Syariah yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang murtad.

Dengan menolak permohonannya, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pertamanya, hanya mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk menentukan jika Lina adalah seorang Islam. Mahkamah selepas itu meneruskan untuk menyimpulkan bahawa Lina, yang merupakan seorang “Melayu” seperti yang ditafsirkan dalam Artikel 160(2) Perlembagaa