Nama saya Haris Mohd. Ibrahim. Saya kini berusia 47 tahun dan beramal guaman.
Pada mulanya izinkan saya untuk beritahu anda mengapa saya memutuskan untuk mengadakan laman web ini. Selepas itu saya akan beritahu anda serba sedikit tentang diri saya.
1. Mengapa diadakan laman web ini?
Pada lewat bulan Julai, 2006, Perdana Menteri telah mengarahkan gabungan Artikel 11 menghentikan forum-forum umum berjudul ‘Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Bagi Semua’ dan semua perbincangan mengenai isu-isu antara-kepercayaan, barangkali untuk menenangkan beberapa pihak tertentu yang telah terhasut.
Artikel 11 telah bekerjasama.
Pihak-pihak yang membantah forum-forum dan aktiviti-aktiviti Artikel 11, walaubagaimanapun, tidak berprihatin dalam penghasutan mereka mengenai Artikel 11 dan forum-forumnya dengan kedustaan yang disebarkan dengan niat buruk, yang disiarkan secara ketara oleh akhbar-akhbar Melayu.
Pernyataan-pernyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Artikel 11 untuk menyangkal kedustaan itu, sebaliknya pula, telah kebanyakannya tidak diendahkan oleh media aliran utama.
Rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang negara kita mesti mengetahui kebenaran tentang daya usaha Artikel 11, khususnya forum-forum itu, dan mengapa ianya telah dibantah.
Rakyat Malaysia mesti mengetahui kebenaran mengenai apa yang sedang berlaku di negara kita.
Melalui laman web ini, saya berharap untuk berkongsi dengan anda kebenaran seperti mana saya melihatnya.
2. Penglibatan saya dalam masyarakat awam: suatu ringkasan
Saya adalah seorang ahli bagi:
· Persatuan Kebebasan Sivil Malaysia [MCLS] (Jawatankuasa Pro-tem), yang merupakan ahli dalam gabungan Artikel 11; dan
· Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia [HAKAM], yang juga adalah ahli dalam Artikel 11.
4 orang yang Murtad
Pada bulan November, 2000, dua orang peguam yang lain dan saya telah memulakan prosiding mahkamah sivil bagi empat orang Melayu yang telah keluar agama Islam pada bulan Ogos, 1988. Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 19 November 2000 dan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun setiap seorang. Kami tewas di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan-rayuan mereka.
Daya Usaha Suruhanjaya Antara-Kepercayaan Malaysia (IFC)
Dari bulan Februari, 2001 sehingga Mac, 2006, saya merupakan seorang ahli dalam Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia di Majlis Peguam. Sepanjang masa ini, saya telah berkhidmat untuk:
· Jawatankuasa Pro-tem, ditubuhkan pada tahun 2001, untuk mengendalikan pembentukan sebuah Majlis Antara-Agama (kemudian digelar IFC ); dan
· Jawatankuasa Pengemudian, yang dibentuk pada tahun 2003, bertanggungjawab untuk menganjurkan Persidangan Negara kearah pembentukan IFC.
Kes Shamala
Pada tahun 2003 dan 2004, saya hadir sebagai peguam pemerhati bagi Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM), Sisters in Islam (SIS) dan Women’s Centre for Change (WCC) di Mahkamah Tinggi. Saya juga menjadi peguam pemerhati bagi pertubuhan-pertubuhan wanita yang sama di Mahkamah Rayuan.
Kes Moorthy
Saya hadir sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi. Saya juga hadir sebagai rakan peguam, dengan Malik Imtiaz Sarwar, yang menjadi pemerhati di hadapan Mahkamah Rayuan.
Kes Lina Joy
Saya hadir sebagai rakan peguam dengan Malik Imtiaz Sarwar yang menjadi pemerhati bagi Majlis Peguam, di Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan.
Lain-Lain
· Pada bulan September, 2000, saya adalah sebahagian dari sebuah kumpulan 29 orang individu kesemuanya yang menganuti agama Islam sebagai cara hidup kami, yang telah mengemukakan suatu memorandum kepada SUHAKAM untuk membantah terhadap “Rang Pemulihan Aqidah” yang bakal dibentangkan di Parlimen. Susulan daripada itu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Rang itu akan dikaji semula dan selanjutnya memerintahkan bahawa suatu Rang yang serupa yang telah diluluskan di perhimpunan perundangan negeri Perlis ditunda daripada diwartakan, untuk membolehkannya dipertimbangkan semula.
· Pada bulan April 2005, saya adalah sebahagian dari sebuah kumpulan 226 individu, kesemuanya yang mana menganuti agama Islam sebagai cara hidup kami, yang telah mengemukakan suatu rayuan kepada Keduli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dengan memohon suatu kajian semula dan pemansuhan undang-undang yang digubal dan yang dianggap sebagai Syariah atas alasan bahawa, menurut pandangan kami, ia adalah menindas dan tidak berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
· Saya mewakili isteri Ariffin Mohamed (yang lebih dikenali sebagai Ayah Pin) berkenaan dengan pemusnahan perkampungan Kerajaan Langit pada bulan Julai tahun lepas.
· Saya adalah rakan peguam bersama dengan Malik Imtiaz Sarwar mewakili seorang individu yang telah mencabar keperlembagaan undang-undang Takzir Terengganu yang membuatkannya suatu kesalahan untuk berpegang kepada suatu pandangan yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang diwartakan. Kes ini sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
Yang Paling Baru-Baru ini
Dari bulan Januari, 2006, saya telah secara aktif terlibat dalam penganjuran daya usaha Artikel 11, termasuk forum-forum itu.
Penglibatan saya dalam ikhtiar-ikhtiar diatas telah pun dimotivasikan melalui pemahaman saya mengenai Suruhan - Suruhan Yang Maha Esa seperti berikut.
"Mengapa kamu tidak
mau berperang di jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki,
wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a : "Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami
pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".
– Surah 4 ayat 75
Kitab Suci
Al-Qur’an
"Wahai orang-orang
yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi
saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum
kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.
Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.
Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan"
– Surah 4 ayat 135
Kitab Suci
Al-Qur’an
"Tidaklah sama antara
mu'min yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan
orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang
yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala
yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang
duduk dengan pahala yang besar"
– Surah 4 ayat 95
Kitab Suci
Al-Qur’an
"Hai orang-orang yang
beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah pada jalan
Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan
kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni'matan hidup
di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit"
–
Surah 9 ayat 38 Kitab Suci
Al-Qur’an
Jika, dengan bertindak sebagaimana telah saya lakukan, saya telah tersilap dalam pemahaman saya mengenai Suruhan-Suruhan ini, ianya adalah hanya dari Yang Maha Esa yang saya sembah minta Keampunan.
15hb November, 2006